Translate

09 June 2023

Lelaki baju merah kasari pemandu wanita dipenjara 7 hari

 


METRO TV

Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat, menjatuhi hukuman tujuh hari penjara ke atas lelaki yang mengasari pemandu wanita di Lata Iskandar, Isnin lalu.


Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap penyelia kilang, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut pemandu wanita terbabit dalam insiden yang tular di media sosial.


Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Zaim didapati menakutkan secara jenayah terhadap mangsa, Amiera Atiqah Shahrizan, 24, di Lata Iskandar Kilometer 22 Jalan Tapah - Cameron Highlands pada jam 5.33 petang 5 Jun lalu dengan kata ugutan 'pecah muka kau sat lagi'.


Bagaimanapun, Mohammad Zaim meminta hukuman paling ringan memandangkan dia perlu menanggung seorang isteri yang hamil lapan bulan dan seorang anak berusia empat tahun dengan pendapatan bulanan RM4,000.


Ketika menjatuhkan hukuman, Siti Hanum berkata, setiap tindakan yang dilakukan ada kesannya sama ada kepada diri sendiri atau keluarga dan masyarakat.


Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh disabitkan kedua-dua kesalahan iaitu masing-masing penjara tujuh hari yang berjalan serentak dari tarikh sabitan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED