Translate

12 June 2023

'Kopi pelangsing' punca atlet gagal doping



'Kopi pelangsing' punca atlet gagal doping

Astro Arena

Jun 12, 2023
ZAKI: Apa-apa ubat yang menjanjikan keputusan yang segera sememangnya mengandungi bahan-bahan terlarang

'Kopi pelangsing' punca atlet gagal doping

ZAKI: Apa-apa ubat yang menjanjikan keputusan yang segera sememangnya mengandungi bahan-bahan terlarang. - Gambar fail ARENA

KETUA jurulatih olahraga negara, Zaki Sadri, menggesa setiap atlet supaya buat rujukan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan atau produk tambahan.

Jelas Zaki, satu kerugian buat mana-mana atlet jika gagal menjalani ujian doping ditambah pula makan tambahan yang diambil tidak memberikan sebarang kesan tambahan buat prestasi mereka.

Ini susulan daripada seorang atlet olahraga negara disahkan gagal ujian doping semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 Februari lalu.



Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) mengesahkan atlet terbabit telah didapati positif menggunakan bahan terlarang jenis sibutramine menerusi laporan dari sampel ujian makmal Anti Doping Doha, Qatar.

Atlet berkenaan juga difahamkan mengambil produk minuman berasaskan kopi dengan tujuan untuk menurunkan berat badan.

Atlet akan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan atau pertandingan sehingga proses pendengaran diumumkan kelak.

"Selepas mendapatkan maklumat, atlet mengambil bahan ini bukanlah demi prestasi, ia adalah makanan tambahan untuk kecantikan dan mengurangkan berat badan," kata Zaki.

"Bahan yang diambil telah dijual secara terbuka dan ia tidak sepatutnya diambil oleh atlet. Sekiranya tidak pasti dengan bahan yang mahu diambil, mereka seharusnya mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu kepada Institut Sukan Negara ataupun jurulatih masing-masing.

"Apa-apa ubat yang menjanjikan keputusan yang segera sememangnya mengandungi bahan-bahan terlarang."

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED