Translate

17 June 2023

Khairy dilihat menyertai mesyuarat EKONOMI yang dipengerusikan Anwar bersama-sama Johari dan ahli-ahli ekonomi lain



Sertai mesyuarat hala tuju ekonomi bersama PM, KJ kembali?

ASTRO AWANI

Jun 16, 2023 22:38 MYT




Khairy dilihat menyertai mesyuarat yang dipengerusikan Anwar bersama-sama Johari dan ahli-ahli ekonomi lain. - Gambar FB Anwar Ibrahim

Sertai mesyuarat hala tuju ekonomi bersama PM, KJ kembali?

Khairy dilihat menyertai mesyuarat yang dipengerusikan Anwar bersama-sama Johari dan ahli-ahli ekonomi lain. - Gambar FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan berkait hala tuju ekonomi negara yang turut disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama ahli-ahli ekonomi.

Menurut Perdana Menteri dalam perkongsian di Facebooknya pada Jumaat, perbincangan itu diadakan bagi mendapatkan pandangan dan idea mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

Jelas catatan itu, perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan.



"Segala pandangan yang dikongsikan pastinya akan digunakan untuk membentuk naratif ekonomi Madani yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.

"Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau cabaran yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul.

"Saya faham sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran. Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara yang baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam perkongsian sama.

Dalam pada itu kata Anwar, kerajaan bertekad dan akan bekerja keras bagi memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Jelasnya, pertumbuhan ekonomi bukan hanya angka semata-mata tetapi harus menggarap keperluan serta kehendak rakyat.

Turut hadir dalam perbincangan itu, Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED