Translate

18 June 2023

KERAJAAN AKAN PERKASA PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH - PM



KERAJAAN AKAN PERKASA PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH - PM

SUNGAI PETANI, 17 Jun -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima resolusi Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali di Dewan Perdana,

UiTM Merbok hari ini.

17/06/2023 08:11 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tertentu sejak memegang jawatan itu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

SUNGAI PETANI, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkasa pentadbiran pejabat daerah di seluruh negara bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata walaupun kerajaan hari ini memberi keutamaan kepada projek besar dan berdepan cabaran anjakan perubahan dunia dari segi teknologi digital serta ekonomi namun usaha menjamin kesejahteraan rakyat tidak akan diabaikan.

"Saya nak tekankan bahawa sementara tumpuan kita dalam projek-projek besar, teknologi moden dengan ekonomi yang mencabar sekarang ini diberi keutamaan, kita akan memperkasa pejabat daerah, pegawai jajahan di Kelantan dan di Sarawak serta Sabah.

"Ini strategi kita memperkasa tugas pegawai daerah dan pejabat daerah… kita dah beri perhatian yang lebih dan percayalah, bila saya bagi perhatian yang lebih makna kata semua bantuan sokongan akan diperkemas," katanya  ketika berucap menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: Pembangunan

MADANI, Rakyat Disantuni di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata khidmat jurutera daerah juga akan digunakan untuk menyegerakan pembaikan kecil seperti penurapan kerosakan jalan persekutuan berdasarkan aduan rakyat yang diterima.

Beliau berkata dalam Belanjawan MADANI, kerajaan menyediakan peruntukan khusus RM100,000 untuk kegunaan setiap pejabat daerah.

Perdana Menteri turut meminta  semua pegawai daerah menyerahkan laporan prestasi projek bermasalah dan menyenaraikan keperluan masing-masing kepada beliau selewat-lewatnya Jumaat depan supaya tindakan segera boleh diambil.

Katanya kerajaan juga akan mempertimbang untuk meluluskan penambahan jurutera kontrak bagi pejabat daerah yang berprestasi baik dan memerlukan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 45 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 8 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 13 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 8 hrs 52 mins ago