Translate

01 March 2021

YDP Agong Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Malaysia Ke-88


Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88

BERNAMA
1 Mac 2021

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat, termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook menyatakan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota angkatan Tentera Darat, khususnya yang bertugas di barisan hadapan atas pengorbanan yang dicurahkan dalam membantu kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19.

Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas.


Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, baginda turut menyanjung tinggi jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

"Semoga angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa," titah baginda.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 12 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 21 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 25 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago