Translate

22 March 2021

Tiga Pekerja Warga China Maut, Satu Pengguna Jalanraya Parah Selepas Komponen Kren Timpa Kereta Di Tapak Pembinaan SUKE

Tiga maut, satu parah komponen kren timpa kereta di tapak pembinaan SUKE

Astro Awani
22/3/2021

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga China maut manakala seorang rakyat tempatan cedera parah selepas komponen kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini, hari ini.

Pemaju Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan kejadian kemalangan tersebut yang berlaku awal pagi, pada Isnin.

"Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga negara China meninggal dunia manakala seorang pengguna jalan raya warga tempatan cedera di dalam kejadian ini.

"Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, pemaju SUKE berkata pasukan Emergency Response Team SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED