Translate

07 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 7 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 7 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,506 kes (291,958 kes kumulatif, 93.1%);
  • Kes baharu : 1,683 kes (313,460 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (4 warganegara; 6 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,673 kes [1,132 warganegara (67.7%); 541 bukan warganegara (32.3 %)];
  • Kes aktif : 20,333 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 174 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes; dan
  • Kes kematian : 3 kes (1,169 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes (44.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 172 kes (10.2 peratus).

Sebanyak61 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Awang (42 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (13 kes), Kluster Tembok Taiping (3 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), dan Kluster Tembok Tapah (1 kes).

Negeri Perlis melaporkan sebanyak 24 kes baharu di mana 13 kes melibatkan Kluster DTI Persiaran Wawasan dan 11 kes daripada sebuah pusat tahanan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Aktiviti kawalan dan pencegahan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kluster ini sedang dijalankan.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor dan satu (1) kes di Pahang. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,199 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 727 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Senai Murni, Kluster Bukit Palah, Kluster Jelita, Kluster Bintang Utama, Kluster Jalan Gangsa Dua, Kluster Industri Peramu Jaya, Kluster Jalan Segama, Kluster Kampung Muhibbah, Kluster Indah Riang, Kluster Jalan Trus, Kluster Taman Koperasi, Kluster Jalan Pudu, Kluster Jalan Banting-Klang, dan Kluster Ampang Campuran);
  • Jumlah kluster aktif : 472 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan 10 (55 kes), Kluster Industri Subang (44 kes), dan Kluster Kemuning Enam (44 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster berkaitan pusat tahanan dan satu (1) kluster berkaitan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Kemuning EnamSelangorTempat kerja
2Jalan SungaiSelangorTempat kerja
3Industri InanamSabahTempat kerja
4Jalan Industri TigaJohorTempat kerja
5Tapak Bina Jalan SatuWP Kuala LumpurTempat kerja
6Jalan AwangSarawakPusat Tahanan
7DTI Persiaran WawasanPerlisPusat Tahanan
8KibaSarawakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR746 (1)104,654
SABAH9953,486
JOHOR15838,001
WP KUALA LUMPUR125 (9)35,719
NEGERI SEMBILAN4816,420
PULAU PINANG17212,481
PERAK4811,890
SARAWAK20111,096
KEDAH157,725
MELAKA36,056
KELANTAN  125,145
PAHANG123,915
TERENGGANU103,281
WP LABUAN82,264
WP PUTRAJAYA21,088
PERLIS24239
JUMLAH KESELURUHAN1,683 (10)313,460

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,683 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 746 kes 
    • 222 kes daripada kluster-kluster, termasuk 45 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai dan Kluster Kemuning Enam;
    • 417 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 201 kes
    • 82 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang dan Kluster Kiba;
    • 102 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 172 kes 
    • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 158 kes  
    • 52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Tiga;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 125 kes  
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Satu;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 99 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Inanam;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 48 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 48 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: 24 kes
    • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Persiaran Wawasan; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 15 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 12 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 12 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 10 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tiga (3) kes kematian pada 7 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1167194385SelangorLelaki (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1168274789PahangPerempuan (WN)85Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi
1169275133SelangorPerempuan (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, rheumatoid arthritis, dan buah pinggang

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1.        KLUSTER KEMUNING ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, Petaling. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2.        KLUSTER JALAN SUNGAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Chua, Kajang. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3.        KLUSTER INDUSTRI INANAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-299355) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4.        KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312623) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3, Kawasan Perindustrian, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5.        KLUSTER TAPAK BINA JALAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan 1/13A, Jalan Klang Lama, Lembah Pantai. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6.        KLUSTER JALAN AWANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Awang Ramli Amit, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7.        KLUSTER DTI PERSIARAN WAWASAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kangar di Perlis. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-310097) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah DTI yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8.        KLUSTER KIBA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304043) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Ulu Durin Kiba, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED