Translate

03 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 3 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 3 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,276 kes (280,707 kes kumulatif, 91.8%);
  • Kes baharu : 1,745 kes (305,880 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,743 kes [1,037 warganegara (59.5%); 706 bukan warganegara (40.5%)];
  • Kes aktif : 24,025 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 195 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 95 kes; dan
  • Kes kematian : 7 kes (1,148 kes kumulatif, 0.38%; 6 warganegara, 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 640 kes (36.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 503 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus).

Sebanyak 47 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan. Sebanyak enam (6) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 3 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,163 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 676 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Usaha, Kluster Jalan Timah Dua, Kluster Bukit Sekubong, Kluster Jalan Kinabenua, Kluster Tapak Bina Presint Tujuh, Kluster Jalan Sejahtera, Kluster Jalan Sulaman, Kluster Jalan Menerung, Kluster Tapak Bina Sri Petaling, Kluster Jalan Keluli, Kluster Kebor Air, Kluster Jalan Rantau-Siliau, dan Kluster Seri Lanang);
  • Jumlah kluster aktif : 487 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 74 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (198 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (128 kes), dan Kluster Jalan DPB Lima (32 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan PerubatanSelangorTempat Kerja
2Tapak Bina Jalan MPSelangorTempat Kerja
3Balakong SatuSelangorTempat Kerja
4Jalan UtaridSelangorTempat Kerja
5Jalan DPB LimaJohorTempat Kerja
6Jalan BachokKelantanTempat Kerja
7Jalan PKNK 1/6KedahTempat Kerja
8Sri JelutungPahangTempat Kerja
9Jalan Sikamat LamaNegeri SembilanTempat Kerja
10Kampung GedangMelakaKomuniti
11Jalan Anak GasingSelangorKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR640 (2)101,658
SABAH9553,138
JOHOR37636,986
WP KUALA LUMPUR9235,285
NEGERI SEMBILAN2416,115
PULAU PINANG9011,769
PERAK13611,564
SARAWAK13910,063
KEDAH407,678
MELAKA366,030
KELANTAN  334,997
PAHANG363,835
TERENGGANU53,223
WP LABUAN02,253
WP PUTRAJAYA31,073
PERLIS0213
JUMLAH KESELURUHAN1,745 (2)305,880

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,745 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 640 kes 
    • 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Anak Gasing, Kluster Tapak Bina Jalan MP, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Jalan Perubatan;
    • 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 376 kes  
    • 280 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan DPB Lima;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 139 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 136 kes
    • 133 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 95 kes 
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 92 kes  
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 90 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 40 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKNK 1/6;
    • Dua (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 36 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Gedang; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 36 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sri Jelutung;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 33 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bachok;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 24 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sikamat Lama; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 3 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1142177654SabahLelaki (WN)65Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1143274751KelantanPerempuan (WN)50Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiObesiti
1144275846SelangorLelaki (WN)67Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1145291455SarawakPerempuan (WN)86Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
1146299549JohorPerempuan (WN)55Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1147303575WP Kuala LumpurPerempuan (WN)54Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1148191974WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)71Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PERUBATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN UTARID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Utarid U5/15, Shah Alam, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN MP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan MP, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BALAKONG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KB 1/9, Kampung Baru Balakong, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ANAK GASING

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296200) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Anak Gasing 6/5, Petaling Jaya. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DPB LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/5, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SIKAMAT LAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-294926) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Sikamat Lama, Seremban. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PKNK 1/6

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 1/6, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 547 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG GEDANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka, Petaling di Selangor serta Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293609) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang berlangsung pada 14 Februari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gedang, Alor Gajah. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SRI JELUTUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-295943) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Ladang Sri Jelutung, Pekan. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BACHOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293662) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bachok, Bachok. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED