Translate

23 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 23 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 23 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,058 kes (319,842 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,384 kes (335,540 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (9 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,375 kes [870 warganegara (63.3%); 505 bukan warganegara (36.7%)];
  • Kes aktif : 14,454 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 148 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 62 kes;dan
  • Kes kematian : 6 kes (1,244 kes kumulatif, 0.37%; 6 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 625 kes (45.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 557 kes (89.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 161 kes (11.6 peratus) dan Sarawak sebanyak 140 kes (10.1 peratus).

Sebanyak 37 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (29 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Jalan Awang (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Selangor serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 23 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,310 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 911 kluster (termasuk 15 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Jitu, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Perigi, Kluster Bestari Rantau, Kluster Jalan Kubur Darau, Kluster Semarak Bersia, Kluster Parit Lanjut, Kluster Tanah Putih, Kluster Gudang Salak Tinggi, Kluster Jalan Teknologi, Kluster Nanga Lijan, Kluster Univista, Kluster Kidurong Dua, Kluster Lot Tujuh,  dan Kluster Tapak Bina Lombong Timah);
  • Jumlah kluster aktif : 399 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 54 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Subang Dua (185 kes), Kluster Jalan Indah Gemilang Satu (73 kes), dan Kluster Tanjung Suria (63 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang kesemuanya melibatkan kluster tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Balakong Jaya DuaSelangorTempat Kerja
2Jalan Indah Gemilang SatuJohorTempat Kerja
3Teknologi Bukit MinyakPulau PinangTempat Kerja

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR625 (2)112,934
SABAH6054,355
JOHOR161 (1)40,261
WP KUALA LUMPUR64 (3)37,289
NEGERI SEMBILAN1017,007
PULAU PINANG10014,825
SARAWAK14014,514
PERAK412,713
KEDAH518,168
MELAKA456,343
KELANTAN  655,730
PAHANG384,088
TERENGGANU73,567
WP LABUAN14 (3)2,301
WP PUTRAJAYA01,119
PERLIS0326
JUMLAH KESELURUHAN1,384 (9)335,540

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,384 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 625 kes 
    • 375 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Balakong Jaya Dua;
    • 182 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 161 kes  
    • 114 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Indah Gemilang Satu;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 140 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 85 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 100 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Bukit Minyak;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 65 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 64 kes  
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 60 kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 51 kes
    • 24 kes daripada kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 45 kes
    • 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 38 kes
    • 29 kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negera; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 10 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan enam (6) kes kematian pada 23 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1239298291KelantanPerempuan (WN)56Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1240321598JohorPerempuan (WN)81Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis
1241324133SelangorLelaki (WN)85Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan jantung
1242328318SarawakLelaki (WN)72Hospital SibuPenyakit jantung, strok, dan kanser usus
1243330688SelangorLelaki (WN)84Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1244332649SarawakPerempuan (WN)69Jenazah dibawa ke Hospital Sibu

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BALAKONG JAYA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah gudang pasar raya yang terletak di Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/1, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 23 Mac 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDAH GEMILANG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang 1, Taman Perindustrian Gemilang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 23 Mac 2021, sejumlah 259 individu telah disaring, di mana 78 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI BUKIT MINYAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 23 Mac 2021, sejumlah 1,685 individu telah disaring, di mana 98 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED