Translate

16 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 16 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 16 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,365 kes (309,612 kes kumulatif, 95.0%);
  • Kes baharu : 1,063 kes (326,034 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,059 kes [814 warganegara (76.9%); 245 bukan warganegara (23.1%)];
  • Kes aktif : 15,204 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 152 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 68 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,218 kes kumulatif, 0.37%; semua warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 323 kes (30.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 284 kes (88.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 183 kes (17.2 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 175 kes (16.5 peratus).

Sebanyak lapan (8) kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),  Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster Jalan Awang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 16 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,255 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 827 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Day, Kluster Package Pengerang, Kluster Permata Satu, Kluster Lasah, Kluster Jalan Sepanggar, Kluster Jalan Padi Mahsuri, Kluster Putra Tujuh, dan Kluster Kampung Parit Masjid;
  • Jumlah kluster aktif : 428 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 55 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Medan Bayan Lepas (58 kes), Kluster Jalan Nusa Mega (28 kes), dan Kluster Kemuning Enam (28 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 5 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kluster komuniti dan dua (2) kluster tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Kampung HilirSarawakKomuniti
2Nanga BuloSarawakKomuniti
3Banggol ChichaKelantanKomuniti
4Jalan SanyanSarawakTempat Kerja
5Jalan TaipingKuala LumpurTempat Kerja

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Mac 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR323109,698
SABAH3853,970
JOHOR9139,295
WP KUALA LUMPUR86 (4)36,566
NEGERI SEMBILAN1716,799
PULAU PINANG17513,749
SARAWAK18312,885
PERAK2412,403
KEDAH327,925
MELAKA16,176
KELANTAN  675,437
PAHANG23,964
TERENGGANU233,471
WP LABUAN12,271
WP PUTRAJAYA01,105
PERLIS0320
JUMLAH KESELURUHAN1,063 (4)326,034

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,063 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 323 kes 
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 183 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kampung Hilir, Kluster Nanga Bulodan Kluster Jalan Sanyan;
    • 102 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 175 kes 
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 91 kes  
    • 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 86 kes  
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taiping;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 67 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Banggol Chicha;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 38 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 32 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 24 kes
    • 12 kes daripada kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 23 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 17 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 16 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1214250358WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1215279742SarawakLelaki (WN)72Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan jantung
1216300649SarawakLelaki (WN)69Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1217310336SelangorLelaki (WN)83Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1218314674SarawakLelaki (WN)84Hospital SibuPenyakit darah tinggi, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik (COPD)

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KAMPUNG HILIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320720) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Jalan Kampung Hilir, Sibu. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER NANGA BULO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316155) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Nanga Bulo, Julau. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BANGGOL CHICHA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322319) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SANYAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-307621) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Sanyan, Sibu. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana kesemuanya dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TAIPING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317235) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berhampiran Jalan Taiping, Titiwangsa. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED