Translate

15 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 15 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 15 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,973 kes (308,247 kes kumulatif, 94.9%);
  • Kes baharu : 1,208 kes (324,971 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (2 warganegara; 7 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,199 kes [920 warganegara (76.7%); 279 bukan warganegara (23.3%)];
  • Kes aktif : 15,511 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 155 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 70 kes;dan
  • Kes kematian : 3 kes (1,213 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara; 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 379 kes (31.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 333 kes (87.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 251 kes (20.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 142 kes (11.8 peratus).

Sebanyak enam (6) kes (0.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (5 kes) dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Johor dan Sarawak. Kes kematian ini melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 15 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,250 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 819 kluster (termasuk 6 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tropicana, Kluster Pengkalan Teras, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Tabong, dan Kluster Jalan Niaga;
  • Jumlah kluster aktif : 431 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 56 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (29 kes), Kluster Ladang Bukit (29 kes), dan Kluster Jalan Mega Lima (22 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 12 kluster tempat kerja dan satu (1) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1.Sungai PulohSelangorTempat Kerja
2.Batu Tiga LamaSelangorTempat Kerja
3.Perusahaan AmariSelangorTempat Kerja
4.Jalan Mega LimaJohorTempat Kerja
5.Jalan DelimaJohorTempat Kerja
6.Batu 19JohorTempat Kerja
7.Jalan TanjungSarawakTempat Kerja
8.Industri Gunung MasNegeri SembilanTempat Kerja
9.Jalan Lapan BelasKuala LumpurTempat Kerja
10.Tapak Bina MehaKedahTempat Kerja
11.Kampung Air BatangPahangTempat Kerja
12.Chendering HeightTerengganuTempat Kerja
13.Jalan SekeratKedahKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR379 (3)109,375
SABAH2953,932
JOHOR118 (2)39,204
WP KUALA LUMPUR61 (4)36,480
NEGERI SEMBILAN8016,782
PULAU PINANG14213,574
SARAWAK25112,702
PERAK3712,379
KEDAH277,893
MELAKA26,175
KELANTAN  255,370
PAHANG173,962
TERENGGANU393,448
WP LABUAN02,270
WP PUTRAJAYA11,105
PERLIS0320
JUMLAH KESELURUHAN1,208 (9)324,971

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,208 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 379 kes 
    • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Amari, Kluster Sungai Puloh, dan Kluster Batu Tiga Lama;
    • 268 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 251 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung;
    • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 142 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 118 kes  
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Delima, dan Kluster Batu 19;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 80 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Gunung Mas;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 61 kes  
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lapan Belas;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 39 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) daripada kluster baharu iaitu Kluster Chendering Height;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 37 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 29 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6)  kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Meha dan Kluster Jalan Sekerat;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 25 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 17 kes
    • 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Air Batang; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kesdaripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tiga (3) kes kematian pada 15 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1211289115JohorLelaki (WN)55Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1212295661SarawakPerempuan (WN)64Hospital SibuPenyakit darah tinggi, gout, dan buah pinggang kronik
1213312347SelangorLelaki (BWN)70Hospital Kuala LumpurPenyakit asma

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PERUSAHAAN AMARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Amari, Kawasan Industri Batu Caves, Gombak. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI PULOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316555) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MEGA LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Jalan Mega 1/5, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU TIGA LAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Batu Tiga, Kampung Baru Subang, Shah Alam. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 221 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DELIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321611) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Jalan Delima 12, Taman Cahaya Masai, Johor Bahru. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU 19

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318626) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Batu 19, Jalan Air Hitam, Kulai. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322256) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tanjung, Bintulu. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI GUNUNG MAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tampin dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320447 dan kes ke-321826) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 dan 13 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Industri Kecil Gunung Mas, Taman Gunung Mas, Tampin. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LAPAN BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 12/118B, Desa Tun Razak, Cheras. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CHENDERING HEIGHT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323758) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Chendering Height, Kuala Terengganu. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEKERAT

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313381) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah mesyuarat yang berlangsung di Jalan Sekerat, Sungai Petani serta kontak rapat mereka. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA MEHA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Padang Meha, Padang Serai, Kulim. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG AIR BATANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320891) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat penginapan yang terletak di Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED