Translate

01 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 1 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,486 kes (275,903 kes kumulatif, 91.2%);
  • Kes baharu : 1,828 kes (302,580 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,821 kes [1,058 warganegara (58.1%); 763 bukan warganegara (41.9%)];
  • Kes aktif : 25,542 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 198 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 90 kes; dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,135 kes kumulatif, 0.38%; 5 warganegara).

Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (26.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 453 kes (92.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 453 kes (24.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 220 kes (12.0 peratus).

Sebanyak 113 kes (6.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (80 kes), Kluster Telok Mas (7 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Bendera (4 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (3 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu (1) kes di Melaka. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,145 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 657 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pasir Barat, Kluster Sri Suria, Kluster Nilam Tiga, Kluster Persiaran Sabak, Kluster Tembok Kemus, Kluster Intan Delima, Kluster Pengerang Utara, Kluster Sungai Purun, Kluster Lapangan Siber, dan Kluster Bedayan);
  • Jumlah kluster aktif : 488 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 82 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Tiga (334 kes), Kluster Industri Sungai Gadut (128 kes), dan Kluster Tembok Tapah (80 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Kampung Sungai BurungJohorTempat Kerja
2Jalan Wawasan 12JohorTempat Kerja
3Jalan Kempas TigaJohorTempat Kerja
4Jalan MelatiSelangorTempat Kerja
5Desa EmpatSelangorTempat Kerja
6Bukit MarakKelantanKomuniti
7Jalan CempedakWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR453 (1)100,346
SABAH10452,990
JOHOR490 (1)36,447
WP KUALA LUMPUR75 (5)35,048
NEGERI SEMBILAN16715,976
PULAU PINANG8511,573
PERAK14411,365
SARAWAK2209,765
KEDAH167,627
MELAKA85,983
KELANTAN  364,918
PAHANG83,796
TERENGGANU153,211
WP LABUAN02,253
WP PUTRAJAYA61,069
PERLIS1213
JUMLAH KESELURUHAN1,828 (7)302,580

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,828 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Johor: 490 kes  
    • 402 kes daripada kluster-kluster, termasuk 363 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Kampung Sungai Burung, dan Kluster Jalan Wawasan 12;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 453 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melati dan Kluster Desa Empat;
    • 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 220 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 118 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 167 kes
    • 139 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 144 kes
    • 132 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 104 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 85 kes 
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 75 kes  
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cempedak;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 36 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Marak;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 16 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 15 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Pahang: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes  
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 1 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1131191534SabahPerempuan (WN)62Hospital KeningauPenyakit buah pinggang, deep vein thrombosispulmonary embolism, dan systemic lupus erythematous
1132192195WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit darah tinggi, strok, jantung, paru-paru kronik, talasemia, dan myelodysplastic syndrome
1133244006WP Kuala LumpurPerempuan (WN)67Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis dan hati kronik
1134267788SabahPerempuan (WN)32Hospital KeningauPenyakit jantung
1135300691MelakaLelaki (WN)81Hospital MelakaPenyakit kencing manis dan jantung

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER DESA EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Kuala Selangor. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MELATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kedai serbaneka yang terletak di Jalan Melati, Kuang, Gombak. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEMPAS TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua (2) buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bakri, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Kempas 3, Kawasan Perindustrian Bakri, Muar. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 592 individu telah disaring, di mana 344 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG SUNGAI BURUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN 12

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 12, Batu Pahat. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CEMPEDAK

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281235) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Cempedak, Sentul, Kepong. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT MARAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok  di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274772) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Bukit Marak, Kota Bharu. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 310 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED