Translate

07 March 2021

Selebriti YouTuber Isarb Yang bergaduh di gelanggang futsal ditahan


Isarb Hafiz Gaduh di Futsal Subang, Bawa Geng 25 Orang Serang Orang

PERKEMBANGAN TANGKAPAN KES GADUH BERKUMPULAN DI GELANGGANG FUTSAL

Info Roadblock JPJ/POLIS
7/3/2021

USJ 8 - semasa berlangsung pelawanan persahabatan futsal antara pasukan pengadu dan pasukan suspek di Sportizza Home of Sports Subang Block A, 36545, Jalan TS 6/1, Taman Perindustrian Subang, Selangor, tiba-tiba, telah berlaku perselisihan faham antara pengadu dengan suspek. 

Pengadu telah ditumbuk sebanyak (5) kali oleh suspek. Mangsa dari pasukan suspek cuba untuk meleraikan pergaduhan antara pengadu dan suspek, tetapi telah dipukul dengan tangan dan kaki oleh l/kurang (10) orang dari pasukan pengadu. 

Punca pergaduhan kerana suspek telah melakukan terjahan keras ke atas pengadu semasa perlawanan berlangsung.

Suspek telah membuat laporan polis sebagamana USJ 8 Repot.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Cawangan D7 BSJD Subang Jaya telah membuat tangkapan ke atas penama di bawah di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 8, Subang Jaya, Selangor
Laporan tangkapan pertama dan kedua masing-masing sebagaimana USJ 8 Repot.

Tangkapan ke atas (12) individu untuk siasatan lanjut.

Youtuber bergaduh di gelanggang futsal ditahan

Info Roadblock JPJ/POLIS
7/3/2021

Subang Jaya: Seramai 12 individu termasuk Youtuber yang terbabit dalam pergaduhan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang, di sini, sudah ditahan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, semua individu itu ditahan kira-kira jam 1 pagi dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.

"Seorang Youtuber yang terbabit dalam kejadian itu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

"Polis akan memohon perintah reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu portal Harian Metro melaporkan seorang lelaki cedera diserang 10 individu lain pada jam 10.30 malam.

Kejadian pergaduhan itu berlaku ketika berlangsung perlawanan persahabatan futsal membabitkan dua pasukan.

Abd Khalid berkata, perselisihan faham bermula apabila seorang remaja berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap seorang lelaki berusia 22 tahun ketika perlawanan berlangsung.

"Berlaku perselisihan faham dan pergelutan antara remaja dan lelaki itu sebelum seorang lelaki berusia 29 tahun daripada pasukan remaja berkenaan cuba meleraikan pergaduhan.

"Namun, lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu dipukul kira-kira 10 individu," katanya.

Source: Info Roadblock JPJ/POLIS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED