Translate

22 March 2021

Premis Hiburan Diberi Kompoun RM50,000 69 Pengunjung Ditahan


Kemaruk sangat nak berhibur

Info Roadblock JPJ/POLIS
22/3/2021

Johor Bahru: Seramai 69 pengunjung yang sedang leka berhibur sambil minum arak di pusat hiburan di Jalan Persiaran Southkey 1, Kota Southkey di sini ditahan dalam serbuan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, serbuan jam 3.30 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Majidee ke atas premis yang melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu.

Katanya, semua yang ditahan terdiri lima lelaki tempatan, 44 lelaki warga Indonesia dan 20 wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 51 tahun.

"Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis dan dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 kerana melanggar SOP yang ditetapkan.

"Empat lelaki tempatan dikompaun RM10,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika berada di dalam premis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala semua pengunjung warga Indonesia dirujuk untuk semakan rekod pergerakan keluar dan masuk ke negara ini melalui Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurut Mohd Padzli, hasil saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kesemua individu didapati negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar syarat (PKPB) serta Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 4/98 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Source: Info Roadblock JPJ/POLIS / Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED