Translate

02 March 2021

Polis melakukan pemeriksaan mengikut undang-undang dalam video viral


 

Individu Pertikai Tindakan Anggota Polis Tangkap di Rumah

Polis perjelas video tular geledah rumah, Jufazli enggan beri kerjasama

MalaysiaGazette
1/3/2021

KUALA LUMPUR – Polis mempertahankan tindakan anggotanya yang menggeledah sebuah rumah untuk mendapatkan bahan bukti membantu siasatan di Taman Bukit Segar Cheras, Kajang pada 26 Februari lalu.

Kenyataan itu dibuat ekoran penularan video klip berdurasi empat minit 30 saat itu yang tular dalam media sosial di mana selepas kehadiran anggota dan pegawai polis dipertikaikan oleh individu yang berada di rumah tersebut.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata,,klip video itu memaparkan seorang individu yang mempertikaikan tindakan polis dengan meminta waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan polis di kediamannya.

“Tindakan serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub serta siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Tindakan itu juga diambil berlunaskan peruntukan di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat pula menegaskan, semasa kejadian, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Sepang telah melakukan serbuan di rumah berkenaan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia

Dalam proses siasatan itu, polis dikehendaki mengesan seorang individu dikenali sebagai Jufazli Che Ahmad yang diperlukan bagi bantu siasatan namun sejak kes dilaporkan, beliau gagal tampil berjumpa pegawai penyiasat walaupun dipanggil beberapa kali.

“Saya menegaskan tindakan yang dilakukan pasukan penyiasat mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa-kuasa yang menyiasat yang ditetapkan dan menafikan dakwaan individu itu bahawa polis lalukan serbuan tidak mengikut peruntukan undang-undang.

“Pada malam itu, polis menunggu hampir 30 minit di hadapan pintu rumah namun dia gagal dan tidak memberi kerjasama walaupun polis memperkenalkan diri.

“Akhirnya kami tiada pilihan lain dan terpaksa masuk bagi memastikan siasatan dan pengesanan barang-barang kes berkaitan dibuat.

“Kemungkinan barang-barang kes ini sudah dilenyapkan, tindakan rampasan dan pengeledahan sepertimana diperuntukkan dalam Seksyen 248 AKMM bahawa pengeledahan dan penyitaan tanpa waran oleh polis yang tidak berpangkat rendah daripada inspektor,” tegasnya.

Source: Malaysia Gazette

FOR MORE NEWS GO TO:
https://malaysiagazette.com/2021/03/01/polis-perjelas-video-tular-geledah-rumah-jufazli-enggan-beri-kerjasama/

Polis melakukan pemeriksaan mengikut undang-undang'

Kelab Info Malaysia
2 Mac 2021

Kuala Lumpur: Polis Selangor mengesan satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang individu mempertikaikan tindakan polis dengan meminta dikemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan di kediamannya.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, klip video berdurasi 4 minit 30 saat itu adalah pemeriksaan bagi mendapatkan peranti atau bahan bukti bagi tujuan siasatan.

"Selain itu, menafikan sekeras-kerasnya bahawa tujuan kedatangan pihak polis adalah untuk menangkap individu berkenaan.

"Tindakan diambil polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukkan undang-undang sebagaimana termaktub mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan berlaku sesuatu sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam video klip terbabit, penghuni rumah berkenaan mempertikaikan pemeriksaan polis yang didakwa dilakukan pada 3 pagi.

Pada masa sama, beliau meminta polis menunjukkan waran geledah atau waran tangkap untuk menjalankan pemeriksaan berkenaan.

Source: Kelab Info Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED