Translate

30 March 2021

Polis Akan Panggil Penganjur Pertunjukan Fesyen Langgar SOP


Keangkuhan founder jenama fashion terkenal langgar SOP  

Polis akan panggil penganjur pertunjukan fesyen langgar SOP

Info Roadblock JPJ/POLIS
29/3/2021

Petaling Jaya: Polis akan memanggil penganjur pertunjukan fesyen di Damansara Perdana, di sini, pada 24 Mac lalu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, berdasarkan semakan ke atas video tular mendapati semua tetamu melanggar SOP ditetapkan.

"Penganjur memuat naik pelbagai gambar di media sosial sepanjang majlis berlangsung yang dianggarkan dihadiri 50 tetamu.

"Tetamu didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal ketika majlis berlangsung," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis kini masih mengesan penganjur dan semua tetamu pada pertunjukan fesyen berkenaan.

Menurutnya, polis akan membuat semakan daftar kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera dan kes disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Terdahulu, tular gambar pengunjung pertunjukan fesyen yang melanggar SOP dimuat naik di media sosial sejak Sabtu lalu.

Pertunjukan itu dianjurkan pereka fesyen terkenal dan mengakui mereka melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Source: Info Roadblock JPJ/POLIS / Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 17 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 22 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 38 mins ago
A visitor from Las vegas viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 41 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 41 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 58 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 58 mins ago