Translate

09 March 2021

Pergerakan Pelancongan Dari Negeri PKPP Ke Negeri PKPP Adalah Dibenarkan Dengan Beberapa Syarat



PKPP & PKPB | Pelancongan Dibenarkan Dengan Beberapa Syarat  

Kerajaan benarkan pelancongan negeri PKPP ke PKPP - Ismail

Astro Awani
9/3/2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP lain berkuat kuasa esok, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun jelas Menteri Kanan Pertahanan itu, ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar selain pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan.

"Syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM untuk pergerakan rentas negeri, perjalanan mestilah terus ke negeri PKPP.

"Ada dua keadaaan, satu PKPP ke PKPP yang bersebelahan, sebagai contoh Pahang PKPP, Terengganu PKPP, jadi dia terus ke negeri PKPP.

"Tetapi ada negeri yang PKPP ke PKPP tetapi terpaksa melalui negeri PKPB, kita hanya benarkan PKPP dan PKPP, tetapi lalu PKPB, jadi kenderaan ini mesti meneruskan perjalanan ke PKPP tanpa berhenti di kawasan PKPB," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu kata Ismail, status Pulau Langkawi akan bertukar kepada PKPP daripada PKPB bermula 10 Mac.

"Status Pulau Langkawi, setelah membuat penilaian risiko oleh KKM, mesyuarat bersetuju untuk menukarkan status Pulau Langkawi dari PKPB ke PKPP.

"Ini memandangkan Pulau Langkawi telah menjadi zon hijau dan kes terakhir yang direkodkan adalah pada 20 Februari lepas, iaitu sebanyak dua kes dan kes terakhir untuk Langkawi. Kita jadikan Langkawi sebagai zon hijau," ujarnya.

Ismail turut mengumumkan dasar bekerja dari rumah (BDR) masih terpakai kepada kakitangan awam dan industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih terpakai walaupun semua negeri kini di bawah PKPB dan PKPP.

Kehadiran pegawai ke pejabat bagi kawasan PKPB adalah pada tahap maksimum 30 peratus manakala bagi kawasan PKPP pada tahap optimum dan boleh beroperasi sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, ia masih tertakluk kepada ketua jabatan untuk melaksanakan arahan itu mengikut kesesuaian cara kerja masing-masing.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-benarkan-pelancongan-negeri-pkpp-ke-pkpp-ismail-287043

Buletin TV3
9/3/2021

PKPP | Pergerakan pelancongan dari negeri PKPP ke PKPP adalah dibenarkan dengan beberapa syarat:

- Perlu menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC

- Menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar

- Pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED