Translate

03 March 2021

Lelaki Ditahan Rakam Video Punggung Beberapa Wanita (Upskirt) Dengan Telefon Bimbit Di Pasar Raya


Lelaki tempatan ditahan rakam video punggung wanita

Astro Awani
2/3/2021

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki merakam video punggung wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah pasar raya di Sungai Petani, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, laporan dibuat oleh seorang wanita iaitu mangsa pertama berusia 28 tahun pada jam 9 malam.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan terdahulu dia menyedari lelaki berusia 27 tahun itu memerhatikan pergerakannya sambil menghalakan kamera telefon dipercayai untuk merakam videonya.

"Ketika itu, wanita terbabit bersama dua anaknya sedang memilih barangan di pasar raya berkenaan dan terasa seperti ada orang di belakangnya.

"Tidak lama kemudian, dia bersama suaminya memerhatikan kelakuan suspek (selepas suspek beredar) dari jauh sebelum mendapati suspek merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, selain itu, mangsa turut ternampak suspek menyelak kain seorang wanita lain menggunakan kakinya, menyebabkan dia pergi ke arah suspek dan merampas telefon bimbit lelaki itu.

Beliau berkata, mangsa menemui beberapa rakaman video yang dirakam suspek sebelum itu.

"Wanita itu bertanya kepada suspek, adakah gambar atau videonya turut dirakam, suspek mengaku namun mendakwa sudah memadam video berkenaan.

"Berikutan itu, mangsa melaporkan perkara itu kepada pegurusan pasar raya terbabit dan suaminya turut menghubungi polis.

"Suspek kemudian ditahan oleh cawangan unit peronda polis (MPV). Siasatan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Adzli berkata, polis turut menerima laporan daripada mangsa kedua yang merupakan suri rumah berusia 39 tahun berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509Kanun Keseksaan / 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK).

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-tempatan-ditahan-rakam-video-punggung-wanita-285631



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED