Kompaun RM1500 Ditetapkan Bagi Kesalahan Ingkar SOP Kali Pertama
Harian Post
17/3/2021
Kerajaan menetapkan kesalahan individu kali pertama adalah RM1,500.
Perincian ini dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat kajian dan cadangan serta membentangkannya kepada Kabinet hari ini, kerajaan memutuskan supaya apa-apa kesalahan dibawah Akta 342 terdiri daripada tiga kategori.
Ia tertakluk kepada kesalahan ingkar SOP Kategori 3 seperti berikut:
Kategori 3 (normal)
Melibatkan kesalahan yang boleh menyebabkan risiko jangkitan Covid-19 yang rendah dan tiada kesan langsung kepada penularan dalam komuniti
Contoh:
Tidak pakai pelitup muka
Tidak daftar / Scan QR sebelum masuk premis
Tidak patuhi penjarakan fizikal
Kategori 2 (sederhana)
Melibatkan kesalahan yang menyebabkan risiko tinggi namun tidak memberi impak jangkitan Covid-19 kepada komuniti.
Menurutnya, bagi kesalahan kategori sederhana antaranya ada pergerakan masuk ke kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kompaun RM3,000
“Enggan mematuhi apa-apa arahan dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa (RM5,000) dan kengganan seseorang yang dijangkiti Covid-19 untuk dipindahkan atau ditahan (RM5,000).
“Enggan mematuhi arahan di kawasan PKP boleh dikompaun RM4,000 dan enggan memberi maklumat dikehendaki berkenaan pencegahan dan kawalan Covid-19 RM4,000 untuk individu syarikat RM20,000.
Kategori 1 (tinggi)
Melibatkan kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi atau memberi impak jangkitan Covid-19 kepada komuniti pada skala besar.
Bagi kesalahan kategori tinggi, antaranya adalah pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang yang ditetapkan dibawah peraturan tentang wujudnya penyakit berjangkit dan kompaun dicadangkan RM50,000.
“Bagi kesalahan memasuki atau berada di pusat hiburan jika individu akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000 dan peniaga atau pemilik premis pula dikenakan RM50,000,” katanya.
Diskaun Kompaun:
Jika dibayar dalam tempoh seminggu akan mendapat diskaun 50 peratus iaitu RM750.
Jika dibayar dalam tempoh 2 minggu diskaun diberi 25 peratus.
Jika tidak dibayar dalam tempoh 2 minggu, tiada tawaran diskaun diberikan.
Rayuan Kompaun:
Bagi mereka yang tidak mampu untuk bayar tetapi melalukan kesalahan oleh membuat rayuan dengan dokumen sokongan yang berkaitan seperti:
Golongan B40 (Miskin, Pengemis)
Golongan OKU
Pelajar
Source: Harian Post