Translate

24 March 2021

Helikopter Terhempas-Dengar Bunyi Helikopter Begitu Kuat, Tidak Seperti Biasa - Saksi

Dengar bunyi helikopter begitu kuat, tidak seperti biasa - Saksi

BERNAMA
24/3/2021

KUALA LUMPUR, 24 Mac -- “Saya dengar bunyi kuat dari arah helikopter tetapi tidak seperti biasa,” kata R. Romu, 74, apabila ditanya mengenai insiden helikopter jenis Airbus H125 yang terhempas dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, pagi tadi.

Romu berkata dia mendengar bunyi kuat itu semasa hendak keluar bersarapan namun tidak memperdulikannya.

“Selepas bersarapan saya melalui jalan berhampiran LTSAAS dan mendapati sebuah helikopter telah terhempas.

"Saya sudah biasa dengar bunyi helikopter mahupun kapal terbang tetapi kali ini bunyinya amat lain tidak seperti kebiasaan (helikopter),” katanya kepada pemberita ketika ditemui berhampiran lokasi kejadian di LTSAAS, di sini, hari ini.

Romu berkata beliau tidak pernah dengar bunyi yang begitu kuat sepanjang bekerja di kawasan berhampiran.

"Jarak lokasi kejadian dan tempat saya bekerja hanya 500 meter dan ini merupakan kali pertama dalam hidup saya melihat kejadian itu (helikopter terhempas),” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati bangkai helikopter berkenaan telah dialihkan dan dibawa ke hanger Airbus pada kira-kira 3 petang tadi dipercayai untuk siasatan lanjut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.

Selain itu, kelihatan kakitangan lapangan terbang juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian helikopter jenis Airbus H125 yang terhempas pada jam 9.18 pagi tadi di kawasan LTSAAS itu, kelima-lima individu di dalam helikopter berkenaan dilaporkan selamat.

Mereka yang berada dalam helikopter berkenaan adalah juruterbang, penolong juruterbang serta tiga penumpang.
 



 Helikopter terhempas, lima individu selamat

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED