Translate

16 March 2021

Bazar Ramadan Dan Solat Terawikh Dibenarkan


Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri dan Solat Terawih dibenarkan - Ismail Sabri

BERNAMA
16/3/2021

KUALA LUMPUR, 16 Mac -- Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi menyambut ketibaan Ramadan pada tahun ini.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut memaklumkan solat terawih juga dibenarkan.

"Setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM), kita membenarkan ketiga-tiga aktiviti ini mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) ketat," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Bagi SOP Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri, beliau berkata peniaga serta pengunjung perlu mematuhi SOP termasuk jarak antara gerai, pintu masuk dan keluar berbeza, mengimbas suhu, aplikasi MySejahtera serta SOP lain yang ditetapkan.

SOP itu akan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri masing-masing.

 

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED