Translate

15 March 2021

Anwar Ibrahim mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara PKR Dan UMNO

 




Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO

Hasimi Muhamad
Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan awal antara UMNO dan PKR melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Desas-desus bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan menjalin kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO semakin kuat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.
Menerusi temu bual bersama Mingguan Malaysia terbitan Ahad, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.
“(Perbincangan) dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,” katanya memetik laporan tersebut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED