Translate

24 March 2021

ADUN Titi Serong Kekal sebagai wakil rakyat Bebas Yang Sokong Kerajaan" - Hasnul Zulkarnain

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim

"Saya kekal ADUN Bebas yang sokong kerajaan" - Hasnul Zulkarnain

Astro Awani
24/3/2021

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan.

Dalam masa sama, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya.

Hasnul Zulkarnain mengulangi kenyataannya bahawa hanya mengetahui mengenai pemecatan itu melalui laporan media.

“Saya hanya tahu melalui media, saya terima dan tidak akan merayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan, Bersatu telah mengambil keputusan untuk memecat Hasnul Zulkarnain, difahamkan berpunca daripada tindakannya yang menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, tindakan itu diambil berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam laporan media sebelum ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED