Translate

03 March 2021

69Kg Dadah Dirampas Daripada Sindiket Guna Kurier - Video

 

69kg dadah dirampas daripada sindiket guna kurier

Harian Metro
3/3/2021

Satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang tumpas apabila tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu.

Difahamkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan iaitu RM10,000 untuk setiap 'trip'. 

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata dalam serbuan itu polis merampas 69.06 kilogram dadah bernilai RM3.1 juta di Serdang serta Ampang Jaya. 

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED