Translate

15 March 2021

6 sekeluarga nyaris lemas.

6 Nyawa terselamat - GISBH MARTIM AIR BINTAN  

6 nyawa terselamat

Info Roadblock JPJ/POLIS
15/3/2021

Kuala Lumpur: Enam sekeluarga berdepan detik mencemaskan dan nyaris lemas apabila bot dinaiki mereka nyaris karam dipukul ombak sebelum diselamatkan anggota Remaja Pembela Ummah (RPU) dari Team Maritim Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad (GIHSB), Air Bintan, Bandar Penawar, Johor di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, sampan dinaiki datuk saudara, dua anak saudara perempuan dan tiga kanak-kanak itu difahamkan dari Kampung Serindit, Pengerang, Johor.

Lelaki terbabit difahamkan membawa anak saudara dan cucu saudaranya yang datang dari Batu Pahat untuk bersiar menaiki bot sebelum pulang namun hampir karam akibat ombak kuat.

Pengurus Rumah Rakit Ikhwan, Ikhwan Resort Air Bintan, Muhammad Asyraf Mahdom berkata, dia dan rakan yang lain menyedari kejadian itu apabila melihat mereka yang berada di dalam bot berhampiran rumah rakitnya melambai dan menjerit meminta pertolongan.

Menurutnya, dia bersama anggota RPU terus bergegas ke lokasi terbabit dan mereka sedang berpaut serta terkapai- kapai dalam muara sungai menghala ke laut akibat sampan dinaiki terbalik.

"Kejadian berpunca apabila sampan berkenaan mahu membelok sehingga menyebabkan ia dimasuki air dan seterusnya terbalik.

"Tiga anggota RPU turut terjun ke dalam muara sungai bersama jaket keselamatan menyelamatkan mereka yang hampir lemas sebelum semuanya diselamatkan dan dibawa ke jeti berhampiran," katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Asyraf berkata, mereka ketika itu agak trauma dan lelaki terbabit turut menangis dan berterima kasih kepada jika pihaknya tiada ketika itu sudah pasti mereka lemas.

Source: Info Roadblock JPJ/POLIS / Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED