Translate

05 November 2020

Warga Emas Rempuh Polis Direman Empat Hari

                  

Warga emas rempuh polis direman empat hari

BERNAMA
05/11/2020 


PARIT, 5 Nov -- Seorang warga emas yang ditahan selepas merempuh dua Lans Koperal polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah semalam direman empat hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Nik Rosdi Nik Yahya berkata suspek yang berumur 64 tahun direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan siasatan turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan & Perundangan Trafik, IPD Perak Tengah atas kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkan kecederaan.

“Polis sedang menunggu laporan ujian darah lelaki itu yang dihantar ke Hospital Changkat Melintang semalam dan setakat ini rekod kesihatan mendapati warga emas tersebut mempunyai penyakit kencing manis.

Motif suspek masih dalam siasatan. Keluarga suspek turut hadir ke balai selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Rosdi berkata dua anggota iaitu seorang lelaki dan wanita berumur masing-masing berumur 26 dan 32 tahun hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Changkat Melintang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, dua anggota polis mengalami cedera ringan selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kereta jenis Mercedes yang dipandu warga emas itu yang memecut masuk di kawasan IPD Perak Tengah.



FOR MORE NEWS GO TO:
Senior Citizen Rams Car Into Patrolmen At Parit Police Hq

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED