Translate

30 November 2020

Polis Siasat Dakwaan Anggota Pukul Pekerja Warga Myanmar (1 Video)

                  



 
Source: Kelab Info Malaysia

Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja warga Myanmar

BERNAMA
29/11/2020 



SEREMBAN, 29 Nov -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini dan klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata beliau telah dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada benar anggota polis terlibat dalam kejadian itu.

"Jika benar, satu laporan polis akan dibuat dan siasatan sewajarnya akan dijalankan. Tiada sesiapa dibenarkan mengatasi undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Klip video berdurasi enam saat itu memaparkan seorang lelaki beruniform seperti PDRM menendang seorang pekerja asing berkali-kali.

Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai warga Myanmar sedang duduk secara berderet bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh di' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 4 mins ago
A visitor from Virginia viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 22 mins ago
A visitor from Muar town viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr 8 mins ago