Translate

28 November 2020

Ingkar PKPB - 11 wanita warga asing dan lapan lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dalam 'private party' (1 Video)

 



Spa Sarang Maksiat Diserbu!

28/11/2020 08:54 AM

SERDANG, 28 Nov -- Seramai 11 wanita warga asing dan lapan lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam 'private party' di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, di sini, awal pagi tadi.


Kesemua mereka yang ditahan dalam serbuan berakhir 2.30 pagi tadi berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan ditemui ketika bersembunyi di dalam sebuah bilik rahsia di dalam premis berkenaan, yang dipercayai tidak lagi beroperasi.


Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata premis berkenaan dalam keadaan gelap ketika pihaknya tiba, dipercayai disebabkan fius elektrik lebih awal telah dicabut bagi memudahkan mereka melarikan diri melalui sebuah lubang di dinding berkenaan, yang membawa kepada bilik rahsia berkenaan. 


“Pasukan yang membuat serbuan pada mulanya tidak menemui suspek, tetapi disebabkan bunyi percakapan mereka, polis menemui pintu rahsia yang membawa kepada mereka yang bersembunyi di bahagian bawah tangga,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini, pagi ini


Beliau berkata polis turut menemui sejumlah kondom dan minuman keras yang masih sejuk, dipercayai digunakan semasa parti persendirian itu.


Katanya, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 39(b)Akta Imigresen 1959/63.


“Mereka yang ditahan turut akan dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 7 hrs 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 9 hrs 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 47 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 9 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 10 hrs 1 min ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 hrs 16 mins ago