Translate

27 November 2020

Penceramah Bebas Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan Kes Rogol (1 Video)



Penceramah Bebas Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatam Kes Rogol

MKL Crimedesk
27 November 2020



Seorang penceramah bebas ditahan reman 5 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam pada tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mohd Zamir Suhaime sehingga selasa depan.

Terdahulu suspek yang juga pengacara berusia 25 tahun itu dibawa ke kompleks mahkamah Shah Alam kira kira jam 9 pagi tadi.

Dia ditahan pada pukul 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 23 tahun pukul 7.18 malam kelmarin.

ACP Baharuddin dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu.

Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam.

Suspek kemudian telah membawa mangsa makan di kedai makan sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan

Mangsa berusia 23 tahun yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian itu sebelum dihantar pulang keesokan harinya menggunakan kenderaan e-hailing ke rumahnya di Subang Jaya.

Mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk menerima rawatan psikitari di Hospital Kajang pada 23 September tahun lalu

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'INSIGHT - How a key ingredient in Coca-Cola, M&M's' 7 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Warsaw viewed 'INSIGHT - How a key ingredient in Coca-Cola, M&M's' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buffet Ramadhan MAEPS BISTRO Steamboat & Grill @ R' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis rampas e-waste termasuk kelongsong, peluru b' 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 33 mins ago
A visitor from Rostov-on-don viewed 'Kejadian Mesti Disiasat - Kejadian Anak AR Badul M' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Man United Hold Arsenal 1-1 Thanks To Raya, as Spu' 45 mins ago