Translate

28 November 2020

Polis gempur bilik karaoke berharga RM50,000 satu malam di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang - 93 ditahan pada 21 Nov





Langgar PKPB: Polis gempur bilik karaoke berharga RM50,000 satu malam
Oleh Safeek Affendy Razali - November 22, 2020 @ 2:14pm
bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Seramai 93 pengunjung sebuah pusat hiburan karaoke di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, di sini, ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Wangsa Maju, malam tadi.

Paling mengejutkan, pemeriksaan turut menemui sebuah bilik karaoke sebesar dewan serba guna berharga RM50,000 dengan pakej minuman keras dan deejay khas untuk tempoh satu malam dalam premis yang beroperasi secara haram itu selepas lesen perniagaannya tamat pada Julai lalu.


Serbuan pada jam 11 malam diketuai Pegawai Risikan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, Inspektor Abdul Hafiz Ab Hakim, dibantu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hasil maklumat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata serbuan dibuat susulan maklumat kegiatan hiburan di kawasan berkenaan pada setiap kali hujung minggu semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilakukan.

Seramai 93 pengunjung sebuah pusat hiburan karaoke digempur ketika sedang leka berhibur.- Foto/Safeek Affendy Razali



"Dalam operasi itu, kita menahan 66 pelanggan warga tempatan, iaitu 44 lelaki dan 22 wanita serta 11 lelaki warga dan 15 wanita warga asing sedang leka berhibur tanpa serius mengambil peduli pandemik COVID-19 di Kuala Lumpur.

"Malah, pusat hiburan ini turut beroperasi secara haram selepas lesen perniagaannya tamat ketika kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti hiburan semasa PKPB dilaksanakan dan Polis Kuala Lumpur akan terus memantau pusat hiburan karaoke ini," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Nik Ros berkata, pihaknya turut merampas set mikrofon, pembesar suara, botol minuman keras, resit jualan bayaran pelanggan sebagai bukti pusat hiburan berkenaan beroperasi serta wang tunai.

"Kesemua pengunjung tempatan yang ditahan dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) (2020).

"Polis turut menahan dan menyiasat semua warga asing mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, serta menjalankan siasatan mengikut Seksyen 32 Akta Kastam dan Eksais dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) peringkat kontinjen dan daerah di Kuala Lumpur sentiasa memantau dan mempergiatkan usaha mengesan sebarang aktiviti hiburan beroperasi semasa PKPB yang menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, antara helah pengunjung tidak meletakkan kenderaan berhampiran pusat hiburan yang hendak dikunjungi, meletakkan kenderaan di bawah tanah pusat beli-belah atau menggunakan kenderaan e-hailing semasa pergi dan pulang dari kelab yang beroperasi sehingga lewat pagi.
Polis IPD Wangsa Maju ketika serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, ingkar PKPB. Foto/Safeek Affendy Razali
BERITA BERKAITAN

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/756944/langgar-pkpb-polis-gempur-bilik-karaoke-berharga-rm50000-satu-malam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED