Translate

30 November 2020

Pelanjutan PKPD Di Asrama Pekerja Top Glove Selama 14 hari: Ditahan-741 Dikompaun-720 Direman-21




Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 30 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan 2,631 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 12,169 anggota telah melakukan 54,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP
3,421 pasar raya, 4,897 restoran, 1,172 kilang, 1,314 pasar awam/tani, 3,021 tempat ibadah serta 1,337 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 741 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 720 individu telah dikenakan kompaun manakala 21 direman.

2. Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 27 PATI Sebanyak 270 SJR Op Benteng dilaksanakan diseluruh negara seperti berikut: Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 202 SJR Op Benteng PDRM - 59 SJR Op Benteng AKSEM - 9 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 12,051 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, 31 Ops telah dilaksanakan di 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan Ops ini melibatkan 156 anggota dan 30 jentera JBPM dan 211 anggota PBT

4.Kuarantin Wajib Seramai 78,150 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, 687 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin.

5. Penamatan PKPD Putra Point Nilai, Negeri Sembilan pada 30 November 2020 seperti yang dijadualkan.

6. Penamatan PKPD di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak pada 30 November 2020

7. Pelanjutan PKPD di Asrama Pekerja Top Glove selama 14 hari lagi bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020.
Semua pekerja kilang diwajibkan untuk menjalani saringan COVID-19 yang dijalankan oleh klinik swasta serta dipantau dan diselia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Selangor.

8.Saringan COVID-19 Pekerja Warga Asing bermula 1 Disember 2020 di kilang-kilang yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Sumber Manusia

 9. Pelaksanaan PKPD Di Zon A, Taman Klebang Jaya Dan Taman Pinji Mewah, Ipoh bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020
PKPD Zon A, Taman Klebang Jaya melibatkan 1,061 buah rumah dengan seramai 4,244 penduduk PKPD Taman Pinji Mewah melibatkan 1,430 buah rumah dan 44 unit kedai/pejabat dengan seramai 5,720 penduduk

10. Pelaksanaan PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan bermula 2 Disember 2020 sehingga 15 Disember 2020 melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

11. Pelaksanaan PKPD di Kg Desa Bajau Dan Kg Dasar Baru, Lahad Datu bermula 2 Disember 2020 sehingga 15 Disember 2020 melibatkan 914 buah rumah dengan 4,934 penduduk




















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED