Translate

25 November 2020

Cukai Baharu Hanya Diperkenal Selepas Ekonomi Pulih - Tengku Zafrul

                 
Cukai baharu hanya diperkenal selepas ekonomi pulih - Tengku Zafrul

BERNAMA
25 November 2020

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata selain memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan turut meneliti pencukaian-pencukaian baharu yang bersesuaian.

Menurutnya, kajian mengenai cukai-cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang telah ditubuhkan pada akhir 2019.

"(Namun) buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi...saya rasa tidak sesuai untuk kita memperkenalkan cukai-cukai baharu.

"Mungkin Insya-Allah, apabila ekonomi telah pulih semula, kita dapat meneliti kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk diumumkan (dilaksanakan)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) bertajuk 'Belanjawan 2021: Belanjawan Survival COVID-19' yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan TV, malam ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan sektor berimpak tinggi.

Menurutnya, kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan ketirisan di dalam ekonomi bayangan yang kini sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa - Hannah | B' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Edar lebih 10kg dadah MDMA, lelaki warga Singapura' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan anggota SMART disyaki terima rasuah RM5' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KKM teliti permi' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia pada usia ' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '46 individu terima darjah kebesaran, pingat Pahang' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mahkamah tolak saman ahli per' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Edar lebih 10kg dadah MDMA, lelaki warga Singapura' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 1 hr 16 mins ago