Translate

28 November 2020

Pergaduhan Di Pusat Hiburan: Polis tahan 15 ahli Geng 18 Batu 14 Puchong Termasuk Ketua Kumpulan Dipanggil "Datuk" (Video)

               




 


 Pergaduhan: Polis tahan 15 ahli Geng 18 Batu 14 Puchong
27/11/2020 11:17 PM



KUALA LUMPUR, 27 Nov -- Seramai 15 lelaki dipercayai ahli Geng 18 Batu 14 Puchong termasuk ketua kumpulannya yang bergelar ‘Datuk’ ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan yang tular di media sosial, pada Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 22 sehingga 49 tahun ditahan selepas pergaduhan dengan empat pengunjung pusat hiburan itu tercetus pada pukul 11.30 malam itu.

Beliau berkata pergaduhan itu bermula apabila kumpulan itu melakukan kekecohan dengan memukul dan memecahkan barang-barang di dalam premis itu kerana penjaga premis tidak membenarkan mereka masuk.


Kesemua suspek direman lima hari dari 26 hingga 30 Nov dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan.

Nik Ros Azhan berkata polis turut menerima satu laporan daripada pemilik premis mengenai kes peras ugut oleh kumpulan berkenaan yang meminta bayaran wang perlindungan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis turut tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap kumpulan terbabit.



-- BERNAMA

15.1K subscribers
SUBSCRIBE
Dalam kejadian lebih kurang 11.30 malam Rabu lalu, pengadu yang merupakan seorang wanita Cina memaklumkan sekumpulan lelaki berbangsa India telah melakukan kekecohan di dalam premis pusat hiburan dengan memukul dan memecahkan barang-barang di dalam premis tersebut. Kata Nik Ros Azhan, mengikut laporan wanita itu, kejadian berpunca kerana penjaga premis tersebut tidak membenarkan sekumpulan lelaki itu masuk ke dalam premis itu. “Pergaduhan ini melibatkan 15 lelaki India dan semasa kejadian empat pelanggan termasuk seorang anggota polis, seorang wanita Melayu dan seorang lagi lelaki tempatan berada di dalam pusat hiburan tersebut. “Pihak polis telah ke tempat kejadian dan telah menangkap kesemua suspek yang terlibat termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan difahamkan gelaran itu tersebut hanya nama panggilan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

              


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 9 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 37 mins ago
A visitor from Miami viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 38 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago