Translate

28 November 2020

TNB Beri Pakej Bantuan Kepada Sektor Acara Perniagaan

                           

TNB beri pakej bantuan kepada sektor acara perniagaan

BERNAMA
28 November 2020

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memberi jaminan bahawa ia akan terus menawarkan pakej bantuan kepada sektor acara perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 walaupun pakej rangsangan kepada sektor itu berakhir pada 30 September 2020.

TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata antara pakej bantuan itu ialah penangguhan Caj Sambungan Beban (CLC) atas permintaan, pengisytiharan semula Permintaan Maksimum (MD) sepanjang tempoh CLC seperti pelanggan yang telah menyatakan keperluan elektrik yang berlebihan semasa pendaftaran, mereka boleh memohon untuk menyemak semula caj itu dengan dikenakan beberapa caj tambahan.

Kos tambahan itu adalah berdasarkan kepada pelaburan yang dibuat, tahap risiko dan profil pelanggan, pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan penangguhan CLC dan/atau pengurangan MD melaui saluran rasmi TNB.

Mereka harus menyatakan nombor akaun mereka, tempoh yang diminta untuk penangguhan CLC dan kuantum semakan untuk diturunkan dalam MD (dalam kilowatt) untuk permohonan pengisytiharan semula.

Permohonan boleh dihantar sama ada ke Kedai Tenaga atau ibu pejabat TNB di Petaling Jaya, Selangor.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '15 countries have sent trade deal p' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Australian woman gives birth to wrong couple's bab' 3 hrs 19 mins ago