Translate

30 November 2020

Lelaki Bawa Pokok Pisang Guna Kereta Disaman (1 Video)

             


Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik
Lelaki bawa pokok pisang guna kereta disaman

BERNAMA
29/11/2020


JOHOR BAHRU, 29 Nov -- Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain semalam, membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman 'non-compoundable' terhadapnya yang masih belum selesai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung insiden pokok pisang pagi tadi kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan saman tertunggaknya.

Dia juga dikenakan saman trafik atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai, katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai di sini, semalam.

Mengulas kes itu, Dzulkhairi Mukhtar berkata selepas rakaman video itu tular menerusi media sosial, polis telah menghubungi pemilik kenderaan Toyota Vios tersebut yang berada di Singapura.

“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan semalam dengan menyatakan kereta tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada 9.30 pagi tadi yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau tertunggaknya.

Menurutnya, kenderaan itu turut disita mengikut Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 43 secs ago
A visitor from Los angeles viewed 'INSIGHT - How a key ingredient in Coca-Cola, M&M's' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Warsaw viewed 'INSIGHT - How a key ingredient in Coca-Cola, M&M's' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buffet Ramadhan MAEPS BISTRO Steamboat & Grill @ R' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis rampas e-waste termasuk kelongsong, peluru b' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 34 mins ago
A visitor from Rostov-on-don viewed 'Kejadian Mesti Disiasat - Kejadian Anak AR Badul M' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 45 mins ago