Translate

28 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,315, Total Cases- 63,176 | Active Cases- 11,508 | New Death- 4 Total Deaths- 354 Kes Sembuh- 1,110


Kenyataan Akhbar KPK 28 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah melebihi jumlah kes baharu harian iaitu sebanyak 1,110 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  51,314 kes (81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 28 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,315 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 63,176 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,508 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 191 kes (14.5 peratus).

Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes),  Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 354 kes (0.56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
35139785SabahLelaki (WN)84Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata
35235037  Sabah  Lelaki (BWN)130  Disahkan kematian di Hospital Tuaran  
35359135SabahPerempuan (BWN)4  Disahkan kematian di Hospital Tawau  
35460140SabahPerempuan (BWN)60  Disahkan kematian di Hospital Duchess of Kent  

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 28 November 2020, terdapat sebanyak 355 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak44 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Enggor (126 kes)Kluster Teratai (90 kes) dan Kluster Bintang (71 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER PTS SIBUGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-35885) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 324 individu telah disaring, di mana 104 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JESSELTON

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DERMAGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-25325) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Oktober 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMPASUK

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-56849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UD SS2

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-61360) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN BARU

Kluster ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 442 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19.

PATUHI PROSEDUR AMALAN STANDARD (SOP) KETIKA MENGHADIRI SEBARANG JENIS PERHIMPUNAN DAN KETIKA BERADA DI TEMPAT AWAM

Seperti diketahui umum, COVID-19 menular dari individu ke individu lain melalui titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) apabila seseorang batuk, bersin, bercakap dan melalui sentuhan. Oleh yang demikian, sekiranya jarak fizikal di antara seseorang individu dan individu lain kurang dari jarak satu (1) meter, risiko jangkitan adalah lebih tinggi.

Kebelakangan ini, didapati semakin banyak kluster-kluster yang terbentuk daripada perhimpunan sosial yang tidak mengikut SOP. Ini termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan.

Menurut laporan siasatan yang diterima, perhimpunan-perhimpunan ini telah turut dihadiri oleh individu-individu yang bergejala. Sebagai contoh:

  1. Kluster Enggor di negeri Perak dan Kluster Indah Mas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Kes-kes yang dilaporkan di dalam kluster ini bermula dengan perhimpunan keluarga yang seterusnya telah merebak dalam komuniti;
  2. Kluster Inai dan Kluster Jambul di Sabah adalah di antara kluster yang berpunca daripada majlis keraian; dan
  3. Kluster Mentari yang melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berpunca daripada upacara keagamaan yang melibatkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir di sebuah upacara kematian di Nilai, Negeri Sembilan.

Penjarakan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sesak dan sempit, namun mengambil iktibar daripada kejadian kluster-kluster ini, masyarakat dinasihatkan untuk akur dan patuh kepada nasihat yang diberikan. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti.

Aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP dapat meningkatkan risiko penularan COVID-19 kepada orang ramai. Justeru, adalah amat penting bagi kita sentiasa berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada mendapat jangkitan COVID-19. Penularan virus ini boleh dielakkan dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal yang selamat, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta pemakaian alat pelitup muka.

KKM menggesa orang ramai supaya tetap patuh kepada SOP di semua keadaan dan tempat. Biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH47628,155
SELANGOR266 (1)13,295
W.P. KUALA LUMPUR191 (4)5,594
NEGERI SEMBILAN414,742
KEDAH172,480
PULAU PINANG921,982
PERAK1671,665
W.P. LABUAN01,291
JOHOR461,288
SARAWAK01,062
PAHANG0400
MELAKA1386
KELANTAN18353
TERENGGANU0236
W.P. PUTRAJAYA0204
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN1,315 (5)63,176

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,315 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 476 kes 
    • 259 kes daripada kluster-kluster, termasuk 167 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster PTS SibugaKluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk;
    • 147 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 266 kes 
    • 177 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9)  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster UD SS2;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 191 kes  
    • 176 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Awan Baru;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 167 kes
    • 151 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes 
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 46 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 41 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 18 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 16 kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.




Status terkini COVID-19 setakat 28 November 2020
Jumlah sembuh baru: 1110 kes
Jumlah kumulatif discaj: 51314 kes (81.2%)
Jumlah kes baru: 1315 kes
Jumlah kumulatif: 63176 kes
Jumlah kes aktif: 11508 kes
Kes tempatan: 1310 kes
Kes import: 5 kes
Jumlah kematian: 4 kes (1 WN, 3 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 354 kes (0.56%)
Jumlah kes di ICU: 118 kes
Pesakit intubated: 43 kes




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 28 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 489 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 266 kes baharu hari ini (264 tempatan, 1 import B dan 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (5 KES)

Hulu Kelang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Rawang – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (28 KES)

Ampang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Cheras – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Hulu Langat – 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 5 kes

Kajang – 18 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Indah Mas) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 7 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 2 kes
Saringan SARI – 1 kes

DAERAH HULU SELANGOR (1 KES)

Serendah – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH KLANG (173 KES)

Kapar – 30 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 20 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) – 1 kes

Klang – 142 kes lokal, 1 import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Gangsa) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 45 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 4 kes
Saringan Kontak kali ke-2 (Kluster Teratai) – 76 kes
Saringan Kontak Rapat – 8 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Swasta – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (19 KES)

Tanjung Dua Belas (1) – 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

Telok Panglima Garang – 15 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Gangsa) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 9 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Gangsa) – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Jeram – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes

DAERAH PETALING (33 KES)

Bukit Raja – 7 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 5 kes

Damansara – 9 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sri Jujur) – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Petaling – 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 3 kes

Sungai Buloh – 12 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Indah Mas) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster UD SS2) – 9 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)

Import A (Indonesia) – 1 kes

DAERAH SEPANG (5 KES)

Dengkil – 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Jaya) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

     

Pecahan kes mengikut negeri (1,315) Sabah 92 kluster sedia ada 167 kluster baharu (PTS Sibuga, Tapak Bina Jesselton, Dermaga dan Tempasuk) 147 saringan kontak rapat 70 lain-lain saringan

Perak 151 kluster sedia ada 16 lain-lain saringan P.Pinang 83 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 8 lain-lain saringan Johor 29 kluster sedia ada 10 saringan kontak rapat 7 lain-lain saringan N.Sembilan 35 kluster sedia ada 5 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan

Kelantan 12 kluster sedia ada 6 saringan kontak rapat Kedah 16 kluster sedia ada 1 lain-lain saringan Melaka 1 lain-lain saringan










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED