Translate

24 November 2020

Jasad Mendiang Koperal Baharuddin Dihantar Pulang Ke Negeri Sembilan (1 Video)

                    


Mayat anggota PGA terkorban dibawa pulang ke Negeri Sembilan
Jasad mendiang Koperal Baharuddin dihantar pulang ke Negeri Sembilan

BERNAMA
24/11/2020 



ALOR SETAR, 24 Nov -- Jasad mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban dalam kejadian tembakan awal hari ini, dihantar pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan untuk disemadikan.

Terdahulu, bedah siasat dijalankan ke atas jasad itu di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah di sini yang selesai kira-kira 6.20 petang tadi.

Difahamkan proses bedah siasat yang dijalankan pakar hospital itu bermula pada kira-kira 2.10 petang.

Selesai bedah siasat, jasad mendiang kemudiannya diberi penghormatan terakhir dalam istiadat ringkas oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan selain pendakwah terkenal Ebit Liew.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi tadi, Baharuddin terkorban terkena tembakan, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah dalam insiden yang berlaku di Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar, Perlis.


FOR MORE NEWS GO TO:
Anggota PGA Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/anggota-pga-maut-ditembak-di-sempadan.html

Shooting At Malaysia-Thailand Border: Three Thais Arrested (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/shooting-at-malaysia-thailand-border.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MENYAMAR SEBAGAI PETUGAS PERUBATAN JABATAN KESIHAT' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 LELAKI DITAHAN MAKAN PERCUMA' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 ANGGOTA BOMBA DISIASAT | BES' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SPR sasar lebih 70 peratus keluar' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengka' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 1 hr 21 mins ago