Translate

30 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,212, Total Cases- 65,697 | Active Cases- 10,578 | New Death- 3 Total Deaths- 360 Kes Sembuh- 2,112

      



Kenyataan Akhbar KPK 30 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,112 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 54,759 kes (83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 30 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu yang lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,212 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 65,697 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat sembilan (9) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,203 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 402 kes (33.2 peratus), di mana 308 kes (76.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.  Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 326 kes (26.9 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 141 kes (11.6 peratus). 

Sebanyak 101 kes (8.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (65 kes), Kluster Tembok (23 kes), Kluster PTS Tawau (8 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 360 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
35825507KedahLelaki (WN)66Hospital Sultanah BahiyahPenyakit bawaan darah dan rendah imuniti
35949644WP LabuanLelaki (WN)58Hospital LabuanPenyakit darah tinggi dan gout
36056760SabahLelaki (WN)22Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 30 November 2020, terdapat sebanyak 362 kluster telah dilaporkan termasuk tiga (3) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 181 kluster termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Sofi, Kluster Penjara Tapah, Kluster Kapor, Kluster Jambu dan Kluster Meldrum. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 181 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak41 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perigi (153 kes)Kluster Bintang (71 kes) dan Kluster Cergas (66 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER JALAN LAPAN

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor dan daerah Cheras, Kepong, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-59246) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 30 November 2020, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU SEMBILAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-58486) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 30 November 2020, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER NIBONG

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks (iaitu kes ke- 63151) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 30 November 2020, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH32628,771
SELANGOR402 (4)13,935
W.P. KUALA LUMPUR119 (5)6,206
NEGERI SEMBILAN1414,915
KEDAH312,563
PULAU PINANG602,088
PERAK431,785
JOHOR541,379
W.P. LABUAN301,356
SARAWAK21,064
PAHANG2403
MELAKA0387
KELANTAN1360
TERENGGANU0237
W.P. PUTRAJAYA1205
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN1,212 (9)65,697

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,212 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 402 kes 
    • 213 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lapan dan Kluster Batu Sembilan;
    • 95 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 326 kes 
    • 111 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 146 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 141 kes
    • 125 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 119 kes  
    • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lapan;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 60 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 54 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nibong;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 43 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 31 kes
    • 24 kesdaripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 30 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Dua (2) kes daripada  lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.


Status Terkini COVID19, 30 Nov 2020 Kes sembuh=2,112 Jumlah kes sembuh=54,759 kes Kes baharu positif=1,212 kes (kes import=9 kes tempatan=1,203) Jumlah positif=65,697 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=360 kes Kes dirawat di ICU=113 kes Bantuan Alat Pernafasan=42 kes





Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 30 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 1,097 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 402 kes baharu hari ini (398 tempatan dan 4 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (12 KES)

Batu - 10 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pra-Pembedahan - 1 kes
Saringan SARI - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster Awan Baru) - 1 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Rawang - 1 kes lokal
Saringan SARI - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (75 KES - 72 lokal, 3 Import A)

Ampang - 13 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Jalan Lapan) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan SARI - 1 kes

Cheras - 13 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Awan Baru) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster Awan Baru) - 1 kes

Hulu Langat - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kajang - 42 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Awan Baru) - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 15 kes
Saringan Kontak Rapat - 15 kes
Saringan Pekerja - 6 kes
saringan pekerjaan - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster Awan Baru) - 1 kes

Semenyih - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Pekerja - 2 kes

Import A (Mesir) - 3 kes

DAERAH HULU SELANGOR (3 KES)

Serendah - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 2 kes

DAERAH KLANG (228 KES)

Kapar - 15 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 7 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) - 2 kes

Klang - 213 kes lokal
Saringan Bergejala - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Batu 9) - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) - 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 14 kes
Saringan Pekerja - 31 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) - 149 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes
Saringan Swasta - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (4 KES)

Tanjung Dua Belas (1) - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Telok Panglima Garang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (7 KES)

Ijok - 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 4 kes

Kuala Selangor - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Tanjung Karang - 2 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Batu 9) - 1 kes
Saringan SARI - 1 kes

DAERAH PETALING (60 KES)

Bukit Raja - 7 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Damansara - 26 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Tamar) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 20 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Petaling - 14 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Batu 9) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 11 kes

Sungai Buloh - 13 kes
Saringan Bergejala (HCW) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja - 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bintang) - 1 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES IMPORT A)

Import A (Filipina) - 1 kes

DAERAH SEPANG (12 KES)

Dengkil - 6 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 3 kes

Labu - 2 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) - 1 kes

Sepang - 4 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 2 kes



Pecahan kes baharu (1,212)
Selangor 204 kluster sedia ada 9 kluster baharu (Jalan Lapan dan Batu Sembilan) 95 saringan kontak rapat 90 lain-lain saringan 4 import Sabah 111 kluster sedia ada 146 saringan kontak rapat 69 lain-lain saringan

Johor 28 kluster sedia ada 7 kluster baharu (Nibong) 11 saringan kontak rapat 8 lain-lain saringan Perak 42 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat Kedah 24 kluster sedia ada 4 saringan kontak rapat 3 lain-lain saringan

Labuan 5 kluster sedia ada 10 saringan kontak rapat 15 lain-lain saringan Sarawak 2 lain-lain saringan Pahang 2 lain-lain saringan Kelantan 1 kluster sedia ada Putrajaya 1 kluster sedia ada







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED