Translate

25 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 970, Total Cases- 59,817 | Active Cases- 12,971 | New Death- 4 Total Deaths- 345

 



Kenyataan Akhbar KPK 25 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,348 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  46,501 kes (77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 25 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 970 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 59,817 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,971 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 965 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sembilan pada hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes (32.8 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 293 kes (30.2 peratus) dan  negeri Selangor sebanyak 115 kes (11.9 peratus). Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes (94.7 peratus).

Sebanyak 318 kes (32.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes), dan Kluster Penjara Reman (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 345 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
34242004Pulau PinangPerempuan (WN)73Hospital Pulau Pinang
34356682SabahPerempuan (BWN)68Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
34456891SabahPerempuan (BWN)54Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis
34558707WP LabuanPerempuan (BWN)77Hospital Labuan

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 25 November 2020, terdapat sebanyak 339 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baru yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 170 kluster dengan tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Idaman, Kluster Bayu dan Kluster Bah Kota. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 169 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak40 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Bakti (301 kes)Kluster D’Bajaru (56 kes) dan Kluster Pengkalan Barat (40 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER D’BAJARU

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini mula dilaporkan positif COVID-19 sejak 11 November 2020 hasil saringan komuniti di dua kampung berisiko tinggi. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 609 individu telah disaring, di mana 90 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GANGSA

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-56262) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 23 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan satu (1) warganegara dan 29 bukan warganegara.

  • KLUSTER BATU TUJUH

Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-54703) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TANJUNG BUNGA

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-53639) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KERENGGE

Kluster ini melibatkan daerah Marang di negeri Terengganu. Kes indeks (iaitu kes ke-49709) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 680 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH29326,912
SELANGOR115 (3)12,693
W.P. KUALA LUMPUR445,190
NEGERI SEMBILAN3184,376
KEDAH242,414
PULAU PINANG141,809
PERAK801,377
W.P. LABUAN371,278
JOHOR301,149
SARAWAK2 (2)1,058
PAHANG2397
MELAKA1385
KELANTAN8302
TERENGGANU1235
W.P. PUTRAJAYA1199
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN970 (5)59,817

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 970 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 293 kes 
    • 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster D’ Bajaru;
    • 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 115 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gangsa;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI);
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 80 kes
    • 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 44 kes  
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 318 kes  daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: 30 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Tujuh dan Kluster Tanjung Bunga;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 14 kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada. 
  • Kelantan: Lapan (8) kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 37 kes
    • 22 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes import dari luar negara.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kerengge.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.


Status Terkini COVID19, 25 Nov 2020 Kes sembuh=2,348 Jumlah kes sembuh=46,501 kes Kes baharu positif=970 kes (kes import=5 kes tempatan=965) Jumlah positif=59,817 kes Kes kematian=4 Jumlah kes kematian=345 kes Kes dirawat di ICU=110 kes Bantuan Alat Pernafasan=47 kes


Pecahan kes baharu (970)

Sabah
36 kluster sedia ada
56 kluster baharu (D'Bajaru)
129 saringan kontak rapat
72 lain-lain saringan

Selangor
40 kluster sedia ada
23 kluster baharu (Gangsa)
23 saringan kontak rapat
4 kes SARI
22 lain-lain saringan
3 import

Perak
78 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

KL
29 kluster sedia ada
5 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan

N.Sembilan
318 kluster sedia ada

Johor
10 kluster sedia ada
9 kluster baharu (Batu Tujuh dan Tanjung Bunga)
3 saringan kontak rapat
3 kes SARI
5 lain-lain saringan

P.Pinang
2 kluster sedia ada
12 lain-lain saringan

Kelantan
3 kluster sedia ada
5 saringan kontak rapat

Labuan
22 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
1 kes SARI
3 lain-lain saringan

Pahang
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Melaka
1 lain-lain saringan

Terengganu
1 kluster baharu (Kerengge)

Putrajaya
1 kluster sedia ada




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 25 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 74 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 115 kes baharu hari ini (108 tempatan, 4 import B dan 3 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (6 KES)

Batu – 2 kes lokal, 1 import B
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes

Kuang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Import A (Indonesia) – 1 kes
Import A (Pakistan) – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (12 KES)

Ampang – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Cheras – 1 kes lokal
Saringan SARI – 1 kes

Hulu Langat – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

Kajang – 8 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
saringan PKPD Hentian – 1 kes
Saringan Pra Pekerjaan – 1 kes

DAERAH HULU SELANGOR (4 KES)

Hulu Yam – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Serendah – 1 kes lokal, 2 import B
Saringan SARI – 1 kes
Saringan Berfokus (Import B) – 2 kes

DAERAH KLANG (33 KES)

Kapar – 11 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 7 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes

Klang – 22 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (HCW) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 10 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 1 kes
Saringan SARI – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (29 KES)

Tanjung Dua Belas (2) – 1 kes lokal
Saringan SARI – 1 kes

Telok Panglima Garang – 28 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Gangsa) – 23 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (2 KES)

Ijok – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes

DAERAH PETALING (26 KES)

Bukit Raja – 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes

Damansara – 9 kes lokal, 1 import B
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sri Jujur) – 4 kes
Saringan Post Mortem – 1 kes
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes

Petaling – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 3 kes

Sungai Buloh – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kemasukan ke Hospital – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

Import A (Qatar) – 1 kes

DAERAH SEPANG (3 KES)

Labu – 3 kes lokal
Saringan PKPD (Kluster Bah Medan) – 3 kes







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED