Translate

29 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,309, Total Cases- 64,485 | Active Cases- 11,481 | New Death- 3 Total Deaths- 357 Kes Sembuh- 1,333




Kenyataan Akhbar KPK 29 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,333 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 52,647 kes (81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 29 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu yang lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,309 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 64,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,481 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

Sebanyak 75 kes (5.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (38 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes), Kluster PTS Tawau (4 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 357 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
35541169PerakLelaki (WN)64Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh  Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, penyakit hati kronik  
35660507Negeri SembilanLelaki (WN)89  Disahkan kematian di Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanKanser perut
35762337SabahPerempuan (BWN)53  Disahkan kematian di Hospital TawauPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KKM ingin memberi sedikit pencerahan mengenai kematian ke-352 (iaitu kes ke-35037) di Sabah yang melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang dilaporkan berusia 130 tahun. Kematian arwah telah disahkan oleh Hospital Tuaran. Maklumat mengenai latar belakang arwah telah diperolehi daripada kaum keluarga beliau dan juga pihak berkuasa tempatan. Memandangkan arwah tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan diri yang sah, maklumat yang diterima adalah terhad, termasuklah usia arwah.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 29 November 2020, terdapat sebanyak 359 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 176 kluster termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Megah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 183 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak49 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Awan Baru (367 kes)Kluster Bintang (76 kes) dan Kluster Bayam Indah (52 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI MULIA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU LIMA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-50994) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER YAYASAN

Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke- 52340) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HILIR

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-58845) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 975 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH29028,445
SELANGOR23813,533
W.P. KUALA LUMPUR4936,087
NEGERI SEMBILAN324,774
KEDAH522,532
PULAU PINANG462,028
PERAK771,742
W.P. LABUAN351,326
JOHOR37 (1)1,325
SARAWAK01,062
PAHANG1401
MELAKA1387
KELANTAN6359
TERENGGANU1237
W.P. PUTRAJAYA0204
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN1,309 (1)64,485

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,309 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 493 kes  
    • 473 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 291 kes 
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Lima;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 238 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 77 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 52 kes
    • 50 kesdaripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 46 kes 
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 37 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 32 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

             


Status Terkini COVID19, 29 Nov 2020 Kes sembuh=1,333 Jumlah kes sembuh=52,647 kes Kes baharu positif=1,309 kes (kes import=1 kes tempatan=1,308) Jumlah positif=64,485 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=357 kes Kes dirawat di ICU=116 kes Bantuan Alat Pernafasan=42 kes




Pecahan kes baharu (1,309)
KL 450 kluster sedia ada 23 kluster baharu (Tapak Bina Sungai Mulia) 7 saringan kontak rapat 13 lain-lain saringan Sabah 63 kluster sedia ada 27 kluster baharu (Batu Lima) 130 kontak rapat 71 lain-lain saringan

P.Pinang 29 kluster sedia ada 6 saringan kontak rapat 11 lain-lain saringan Johor 21 kluster sedia ada 8 saringan kontak rapat 7 lain-lain saringan 1 import Labuan 7 kluster sedia ada 28 lain-lain saringan N.Sembilan 31 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat

Kelantan 6 kluster baharu (Hilir) Pahang 1 saringan kontak rapat Melaka 1 lain-lain saringan Terengganu 1 kluster sedia ada






Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 29 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 374 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 238 kes baharu hari ini (238 tempatan dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (31 KES)

Batu – 26 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (HCW) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 8 kes
Saringan OKT (Kluster Penjara Jalan Harapan) – 14 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Hulu Kelang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Kuang – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes

Rawang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (57 KES)

Ampang – 9 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 6 kes

Cheras – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 3 kes

Kajang – 41 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Komuniti (Kluster Hentian) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes
Saringan OKT – 24 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 6 kes

Semenyih – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

DAERAH KLANG (80 KES)

Kapar – 44 kes lokal
Saringan Bergejala – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 33 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) – 1 kes

Klang – 36 kes lokal
Saringan SARI (Kluster Yayasan) – 1 kes
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 7 kes
Saringan Kontak (Kluster Yayasan) – 7 kes
Saringan Kontak Rapat – 8 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes
Saringan Pra-penerbangan – 1 kes
Saringan Swasta – 2 kes

DAERAH KUALA LANGAT (16 KES)

Kelanang – 3 kes lokal
Saringan Pekerja – 3 kes

Tanjung Dua Belas (1) – 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 4 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Jaya) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 2 kes
Saringan SARI – 1 kes

DAERAH PETALING (39 KES)

Bukit Raja – 4 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

Damansara – 29 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) – 14 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
Saringan Pekerja – 7 kes

Petaling – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Gangsa) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Sungai Buloh – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kasah) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)

Sabak – 1 kes lokal
Saringan Survelan HCW – 1 kes

DAERAH SEPANG (14 KES)

Dengkil – 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

Labu – 7 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes

Sepang – 1 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED