Translate

27 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1109, Total Cases- 61,861 | Active Cases- 11,307 | New Death- 2 Total Deaths- 350 Kes Sembuh- 1148

 


Status Terkini COVID19, 27 Nov 2020 Kes sembuh=1,148

Jumlah kes sembuh=50,204 kes

Kes baharu positif=1,109 kes (kes import=10 kes tempatan=1099) Jumlah positif=61,861 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=350 kes Kes dirawat di ICU=113 kes Bantuan Alat Pernafasan=41 kes





Kenyataan Akhbar KPK 27 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah melebihi jumlah kes baharu harian iaitu sebanyak 1,148 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  50,204 kes (81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 27 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,109 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 61,861 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,307 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,099 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 441 kes (39.8 peratus), di mana 346 kes (78.5 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 175 kes (15.8 peratus) dan  Negeri Sembilan sebanyak 167 kes (15.1 peratus).

Sebanyak 25 kes (2.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (9 kes), Kluster Penjara Sandakan (6 kes), Kluster Bakti (4 kes), Kluster Rumah Merah (4 kes), dan Kluster Penjara Reman (2 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 350 kes (0.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
34960141SabahLelaki (BWN)47Hospital SempornaPenyakit jantung
35060647WP LabuanLelaki (BWN)64Komuniti (disahkan kematian di Hospital Labuan)Strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 27 November 2020, terdapat sebanyak 349 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 173 kluster dengan satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Omadal. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 176 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak47 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Puteh Lama (118 kes)Kluster Jalan Haruan (116 kes) dan Kluster Jalan Tuaran (43 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER JALAN TUARAN

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN HARUAN

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 November 2020 hasil saringan pekerja-pekerja di sebuah kilang. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 300 individu telah disaring, di mana 118 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan 10 kes warganegara dan 108 kes bukan warganegara.

  • KLUSTER TAPAK BINA PUTEH LAMA

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 sejak 26 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 820 individu telah disaring, di mana 139 kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER BERINGIN

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini merupakan pekerja-pekerja di dua (2) buah kilang di Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-51576) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 3,116 individu telah disaring, di mana 37 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH44127,679
SELANGOR175 (1)13,029
W.P. KUALA LUMPUR154 (9)5,403
NEGERI SEMBILAN1674,701
KEDAH252,463
PULAU PINANG641,890
PERAK421,498
W.P. LABUAN01,291
JOHOR331,242
SARAWAK01,062
PAHANG3400
MELAKA0385
KELANTAN5335
TERENGGANU0236
W.P. PUTRAJAYA0204
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN1,109 (10)61,861

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,109 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 441 kes 
    • 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tuaran;
    • 249 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 175 kes 
    • 99 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 167 kes
    • 162 kes daripada kluster-kluster, termasuk 116 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Haruan;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 154 kes  
    • 133 kes daripada kluster-kluster, termasuk 118 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Puteh Lama;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 64 kes 
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Beringin;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 42 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 33 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah: 25 kes
    • 24 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: Lima (5) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED