18 individu direman bantu siasatan kes tembak 2 anggota PGA
18 suspek kes tembak anggota PGA direman
BERNAMA
BERNAMA
25/11/2020
KANGAR, 25 Nov -- Seramai 18 lelaki termasuk warga Thailand yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand semalam, direman bermula hari ini.
Tiga warga Thailand direman selama tujuh hari sehingga 1 Dis manakala 15 warga tempatan pula direman selama empat hari sehingga 28 Nov.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.
Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 37 tahun itu dikawal oleh polis dibawa ke bilik reman dalam keadaan bergari kira-kira pukul 8.50 pagi.
Dalam insiden awal pagi Selasa, Kpl Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Kpl Norihan a/l Tari, 39, cedera parah apabila berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad ketika dihubungi berkata tangkapan kesemua 18 individu itu dilakukan di Perlis semalam, membabitkan dua siri tangkapan.
"Tangkapan pertama dilakukan pada 7 pagi manakala tangkapan kedua pada 9.30 pagi," katanya.
Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Norihan menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Anggota PGA Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/anggota-pga-maut-ditembak-di-sempadan.html
Shooting At Malaysia-Thailand Border: Three Thais Arrested (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/shooting-at-malaysia-thailand-border.html
Jasad Mendiang Koperal Baharuddin Dihantar Pulang Ke Negeri Sembilan (1 Video
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/jasad-mendiang-koperal-baharuddin.html

https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/tembak-anggota-pga-enam-suspek-ditahan.html