Translate

24 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 2,188, Total Cases- 58,847 | Active Cases- 14,353 | New Death- 4 Total Deaths- 341






Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,673 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  44,153 kes (75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Untuk pertama kalinya, pada 24 November 2020, negara kita  telah merekodkan kes harian mencecah angka dua ribu iaitu sebanyak 2,188 kes baharu. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,353 kes. Tiada kes import yang dilaporkan pada hari ini.

Negeri Selangor masih lagi mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes (74.2 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 232 kes (10.6 peratus) dan negeri Perak sebanyak 112 kes (5.1 peratus). Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di negeri Selangor adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (93.1 peratus). Seperti yang telah dimaklumkan, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan telah digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran.

Sebanyak 107 kes (4.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 49 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 341 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
33849641Pulau PinangLelaki (WN)84Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan penyakit kronik paru-paru
33955063SabahLelaki (WN)74Hospital Lahad Datu
34055064SabahPerempuan (WN)41Hospital Lahad Datu
34154826SabahLelaki (BWN)45Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 24 November 2020, terdapat sebanyak 334 kluster telah dilaporkan. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 167 kluster dengan satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Layangan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Teratai (1,511 kes)Kluster Tembok (103 kes), dan Kluster Bintang (69 kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TEMPAT KERJA

Peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang secara amnya dan di negeri Selangor secara khususnya kebelakangan ini adalah berkait rapat dengan kluster-kluster di tempat kerja.

Sehingga kini, terdapat 119 kluster yang dilaporkan adalah berkaitan tempat kerja. Daripada jumlah itu, sebanyak 36 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 83 buah kluster lagi masih aktif sehingga ke hari ini. Sejumlah 77,201 individu telah disaring di mana sebanyak 12,079 kes telah didapati positif COVID-19. Ini melibatkan 4,398 kes warganegara dan 7,681 kes adalah bukan warganegara. Berikut adalah lima (5) kluster berkaitan tempat kerja yang melaporkan kes tertinggi sejak bermulanya pandemik COVID-19 di negara kita.

BilKlusterNegeriJumlah kesJumlah disaringWNBWN
1Kluster TerataiWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor4,0365,7771903,846
2Kluster Tapak Bina DamanlelaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor1,5393,496371,502
3Kluster CergasSelangor, Negeri Sembilan, Kelantan1,3375,1982681,069
4Kluster HentianSelangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan
1,1019,204215886
5Kluster KayaNegeri Sembilan,  Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan, Perak9004,391503397

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

Pada gelombang ketiga pandemik ini, negara telah menyedari kepentingan untuk mengimbangi di antara “live and livelihood”. Maka pendekatan yang telah diambil seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu adalah untuk menjaga kepentingan kedua-dua aspek iaitu kesihatan dan ekonomi. Walau bagaimanapun, kejayaan strategi ini memerlukan kerjasama yang sangat tinggi daripada para majikan bagi memastikan semua amalan pekerjaan dan para pekerja sentiasa patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja daripada kalangan bukan warganegara, majikan bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman pekerja yang kondusif serta memastikan pekerja mereka sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di kediaman dan tempat kerja. Antara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja;
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama;
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry);
  • Pastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space);
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation); dan
  • Pastikan jarak 1 meter semasa pekerja bertutur dengan satu sama lain (close conversation).

KKM menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan COVID-19 di Malaysia. Seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH23226,619
SELANGOR1,62312,578
W.P. KUALA LUMPUR905,146
NEGERI SEMBILAN734,058
KEDAH142,390
PULAU PINANG151,795
PERAK1121,297
W.P. LABUAN11,241
JOHOR191,119
SARAWAK11,056
PAHANG0395
MELAKA2384
KELANTAN6294
TERENGGANU0234
W.P. PUTRAJAYA0198
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN2,18858,847

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,188 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,623 kes 
    • 1,539 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 232 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 131 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 112 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 90 kes  
    • 82 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 73 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 19 kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 15 kes 
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 14 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: Enam (6) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


COVID-19; 24 Nov 2020 Jumlah sembuh baru:1673 Jumlah kumulatif: 44153 (75%) Jumlah kes baru:2188 Jumlah kumulatif:58847 Jumlah kes aktif:14353 Kes tempatan:2188 Kes import:0 Jumlah kematian:; 4 (3WN, 1BWN) Jumlah kumulatif:341 (0.6%) Kes di ICU: 112 Pesakit intubated: 49


Pecahan kes baharu (2,188) Selangor 1,539 kluster sedia ada 54 saringan kontak rapat 30 lain-lain saringan Sabah 31 kluster sedia ada 131 saringan kontak rapat 70 lain-lain saringan Perak 112 kluster sedia ada KL 82 kluster sedia ada 8 lain-lain saringan

N.Sembilan 71 kluster sedia ada 2 lain-lain saringan Johor 10 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 4 lain-lain saringan Kedah 12 kluster sedia ada 2 lain-lain saringan Kelantan 2 kluster sedia ada 4 lain-lain saringan Melaka 2 kluster sedia ada

Labuan 1 kluster sedia ada Sarawak 1 lain-lain saringan


Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 24 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 299 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 1,623 kes baharu hari ini (1,621 tempatan, 2 import B dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (9 KES)

Batu - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Kontak Rapat (HCW) - 2 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat (HCW) - 1 kes

Rawang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Setapak - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pra-Penerbangan - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (29 KES)

Ampang - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Utama) - 1 kes

Cheras - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Hulu Langat - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kajang - 20 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 10 kes
Saringan Pra-Penerbangan - 2 kes

Semenyih - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KLANG (1537 KES)

Kapar - 1512 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 7 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) - 1490 kes
Saringan Swasta - 2 kes

Klang - 25 kes lokal
Saringan Bergejala (HCW) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 18 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) - 1 kes
Saringan Swasta - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (11 KES)

Batu - 2 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Kaya) - 2 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 8 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Jaya) - 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Telok Panglima Garang - 1 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (2 KES)

Jeram - 2 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes

DAERAH PETALING (31 KES)

Bukit Raja - 11 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 5 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 1 kes

Damansara - 16 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sri Jujur) - 5 kes

Sungai Buloh - 2 kes lokal, 2 Import B
Saringan Berfokus (Import B) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Buntar) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH SEPANG (4 KES)

Dengkil - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Putra 18) - 1 kes

Labu - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Sepang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED