Translate

26 November 2020

SPRM Sabah Kesan Lelaki Bagi Siasatan Kes Dokumen Palsu

                                              
SPRM Sabah kesan lelaki bagi siasatan kes dokumen palsu

BERNAMA
26/11/2020 


KOTA KINABALU, 26 Nov -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggunakan dokumen palsu untuk mengeluarkan sijil kelahiran.

SPRM menerusi kenyataan hari ini memberitahu lelaki tersebut Joh Len Santi Apin, 34, mempunyai dua alamat terakhir iaitu Lot 2K 0-9 University Condo Apartment 2, Jalan Kampung Dambai, Menggatal di sini; dan Kampung Vinilai, Kudat.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 0128677087," menurut kenyataan itu.

TAG: Sabah, SPRM, dokumen, kes, palsu


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED