Translate

28 November 2020

JAWI benarkan majlis akad nikah di semua masjid luar kawasan zon merah

 



28/11/2020 12:10 AM

KUALA LUMPUR, 27 Nov  -- Berkuat kuasa 1 Dis ini, majlis akad nikah boleh dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah.


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut data yang dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.


“Jabatan ini telah membuat ketetapan perluasan kebenaran berkahwin bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


“Langkah ini juga bagi mengelak berlakunya perkumpulan atau kehadiran ramai orang di sesebuah masjid pada satu-satu masa,” menurut kenyataan itu.


JAWI memaklumkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI dari semasa ke semasa.


Sebelum ini, JAWI hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan premis tertentu yang ditetapkan termasuklah beberapa masjid tertentu sahaja.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh di' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 4 mins ago
A visitor from Virginia viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 22 mins ago
A visitor from Muar town viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr 8 mins ago