Translate

29 November 2020

Pesara Mardi Maut, Isteri Cedera Ditetak Dengan Parang (2 Videos)

               



Retired civil servant killed in Bangsar home while fending off robbers
Pesara Mardi maut, isteri cedera ditetak dengan parang

Astro Awani
29 November 2020

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera selepas ditetak dalam insiden samun bersenjata di rumah mereka di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, Bangsar, di ibu negara awal pagi tadi.

Mangsa Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat kecederaan di muka dan leher.

Wan Hassan merupakan bekas pengarah bahagian teknologi maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 pagi, pada Ahad.

"Menurut isterinya, mangsa yang terdengar bunyi bising di bahagian dapur didatangi dua lelaki yang berparang dan meminta duit.

"Mangsa cuba melawan dan seterusnya telah ditetak, malah isterinya turut ditetak di bahagian bahu kanan.

"Suspek kemudian melarikan barang-barang berharga yang belum dapat dikenal pasti sebelum melarikan diri mengikut tingkap dapur," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Anuar berkata kakitangan perubatan mengesahkan
"Isterinya, Sarifah Yusof, 70, mengalami kecederaan di sebelah tangan kanan kerana ditetak," kata Anuar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

                         

                      



Pesara Mardi Maut Ditetak Perompak

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 9 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 37 mins ago
A visitor from Miami viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 38 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago