Translate

24 November 2020

"Kalau Ada Unsur Menipu, Saya Sedia Letak Jawatan" - Wee Ka Siong (1 Video)

                 




'If I'm found to be lying, I will resign', says Transport Minister
"Kalau ada unsur menipu, saya sedia letak jawatan" - Wee Ka Siong

Astro Awani
24 November 2020

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedia meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya fakta berhubung projek Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat mempunyai unsur penipuan.

Beliau berkata demikian ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menafikan mengenai tender projek itu.

"Fakta yang saya sampaikan (ini), kalau ada apa-apa unsur yang saya menipu, saya letak jawatan.
"Saya cuma bagi tahu pada 1 September 2020, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ada menulis surat kepada saya dan maklumkan perolehkan projek KVDT2 zaman PH (Pakatan Harapan) tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan semasa dan meluluskan projek tersebut yang sepatutnya ditawarkan secara tender terbuka," katanya.

Kenyataan itu menyebabkan bekas Menteri Pengangkutan itu bangun meminta Ka Siong supaya tidak mengelirukan Dewan.

"Yang Berhormat tipu, Yang Berhormat jangan mengelirukan Dewan," katanya.

Dalam pada itu, Ka Siong menjelaskan, penamatan Surat Setuju Terima (SST) projek KVDT2 dibuat oleh Kabinet.

Katanya, walaupun perjanjian rasmi projek itu belum ditandatangani, beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sendiri.

"Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mempertimbangkan pelbagai input (pandangan) termasuk pandangan Jabatan Peguam Negara," katanya pada perbahasan Belanjawan 2021 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini, pada Selasa.

Menurut Ka Siong lagi, Kementerian Pengangkutan telah menyenaraikan baik buruk dalam mempertahankan keputusan yang dibuat oleh kerajaan PH dan penamatan SST dalam memorandum Kabinet yang berkenaan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED