Translate

25 November 2020

Program Isolasi Pekerja MASkargo KLIA Bermula Esok - Ismail Sabri (1 Video)

                 



Kerajaan wujudkan program isolasi pekerja kargo
Program isolasi pekerja MASkargo KLIA bermula esok - Ismail Sabri

BERNAMA
25/11/2020 

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Program Isolasi Pekerja Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dilaksanakan selama 14 hari bermula esok hingga 9 Dis, susulan peningkatan kes positif COVID-19 daripada Kluster Kaya yang melibatkan pekerja MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) di KLIA.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju menjalankan program itu yang melibatkan 360 pekerja MASkargo di KLIA yang sihat, tidak bergejala dan disahkan negatif COVID-19.

“Pekerja terbabit akan ditempatkan di Tune Hotel KLIA Aeropolis dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dengan pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Mengenai ujian saringan COVID-19 dalam kalangan pekerja warga asing, Ismail Sabri memaklumkan bahawa seramai 888,342 individu di Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah akan disaring pada peringkat fasa pertama yang dijangka mengambil masa antara empat hingga enam minggu.

“Kesemua pekerja terbabit akan disaring melalui kaedah Kit Ujian Pantas (RTK)-Antigen dengan kos RM60 bagi setiap ujian saringan akan ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial manakala Kementerian Sumber Manusia akan menyediakan jadual terperinci bagi mengelak berlakunya kesesakan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mewajibkan ujian saringan COVID-19 bagi semua pekerja warga asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah dalam usaha menyekat penularan wabak itu.

Justeru, Ismail Sabri menggesa majikan agar membenarkan pekerja warga asing untuk menjalani ujian itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan juga akan menumpukan kepada aspek penguatkuasaan penempatan dan perumahan pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Katanya penguatkuasaan itu akan dilaksanakan bermula esok bagi memastikan setiap majkan menyediakan perumahan yang selesa kepada pekerja terbabit.


“Bagi majikan yang gagal mematuhi akta ini, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 bagi setiap pekerja,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 7 hrs 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 9 hrs 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 47 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 9 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 10 hrs 1 min ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 hrs 16 mins ago