MOH detects 21 food products containing scheduled poison
BERNAMA
05/11/2020
KUALA LUMPUR, Nov 5 -- The Health Ministry has identified 21 food products, comprising 16 brands, which were detected to contain scheduled poisons prohibited from being added to food.
Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said this was ascertained following analyses of 849 food products by the Food Safety and Quality Division throughout 2019 to August 2020.
“Legal action has been taken against the manufacturers or distributors of four of the 16 brands of food products which do not comply with the law. However, the results of the investigation conducted on 12 other food product brands found that the company name and address were false or incomplete,” he said in a statement today.
He said that all food sold in the country must comply with the Food Act 1983 and the regulations made thereunder.
Pursuant to Section 13 of the Food Act 1983, those who provide or sell any food that contains any substance which is poisonous, harmful or otherwise injurious to health, commits an offence and shall be liable, on conviction, to a fine not exceeding RM100,000 or to imprisonment for a term not exceeding ten years or both.
Dr Noor Hisham said all traders, including online traders who still have stocks of the product, were instructed to immediately stop selling and contact the nearest District Health Office to have the products confiscated.
He advised people to be careful when buying food products that may be mixed with prohibited substances, and suggested to those who used the food products in question to seek advice and treatment from health professionals.
“It is the responsibility of the parties involved such as manufacturers, packers, distributors, marketing agents and sellers to ensure that the food products sold comply with relevant regulations,” he said.
Consumers who have any concerns regarding food safety issues can contact the nearest District Health Office or State Health Department or the MOH via the website http://moh.spab.gov.my or the official facebook page of the Food Safety and Quality Division (BKKM) at www.facebook.com / bkkmhq
Kenyataan Akhbar KPK 5 November 2020 – Larangan Jualan Produk Makanan Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Dan Memaparkan Maklumat Palsu Pada Label
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa memantau produk-produk makanan di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone. Hasil pemantauan yang dijalankan oleh BKKM sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020, didapati sebanyak 21 produk makanan membabitkan 16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan.
Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4 daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut. Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap. Maklumat semua produk makanan tersebut adalah seperti di lampiran.
Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan tersebut. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang.
KKM ingin menegaskan supaya semua makanan yang dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 November 2020