Translate

05 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 

              

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

PKPD Pokok Sena, Kedah ditamatkan mengikut jadual pada 7 Nov ini- DS Ismail Sabri

61,331 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga kini - Ismail Sabri

-----------------------------------------------------------------------------------

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 4 Nov 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan

• 3,034 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,772 anggota telah melakukan 51,462 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

• Sebanyak 3,293 pasar raya, 4,369 restoran, 926 kilang, 1,550 pasar awam/tani, 2,828 tempat ibadah serta 1,241 tempat riadah telah diperiksa.

• Semalam, PDRM telah menahan 382 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 364 individu telah dikompaun dan 18 direman.

• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

o Tidak memakai pelitup muka (136)
o Premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (66)
o Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (58)
o Aktiviti pusat hiburan (42)
o Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (22)
o Lain-lain (58)

2. Kawalan Sempadan Negara

• Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 16 PATI, 5 penyeludup dan 2 tekong serta merampas 10 kenderaan darat.

• Sebanyak 279 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:

o PDRM – 149 SJR
o ATM – 121 SJR
o AKSEM – 9 SJR

• Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.

3. Operasi Sanitasi Awam

•KPKT telah melakukan 11,074 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.

• Semalam, sebanyak 35 operasi sanitasi meliputi 8 Zon Merah, 11 Zon Kuning dan 9 Zon Hijau di 14 buah negeri iaitu:

o Sabah (5 operasi)
o Sarawak (5 operasi)
o Pulau Pinang (5 operasi)
o Kedah (5 operasi)
o Melaka (3 operasi)
o Perak (2 operasi)
o Perlis (1 operasi)
o Selangor (1 operasi),
o Terengganu (1 operasi)
o Pahang (1 operasi)
o Johor (1 operasi)
o Wilayah Persekutuan Putrajaya (3 operasi)
o Kuala Lumpur (1 operasi)
o Labuan (1 operasi)

• Operasi Sanitasi ini melibatkan 202 anggota JBPM serta 134 anggota PBT

4.Kuarantin Wajib

• Seramai 60,336 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• seramai 9,797 individu sedang jalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

• 384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 50,155 individu dibenarkan pulang ke rumah.

• Semalam, seramai 401 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk KLIA & KLIA2 dari Singapura, Indonesia, Filipina, Qatar, UAE, Turki, Jepun, China, UK & Belanda dan kesemua mereka telah dikuarantin secara wajib.

5. Barang Keperluan Asas

•Sebanyak 4,655 kes kesalahan melanggar pelbagai akta dengan 3,418 daripadanya telah dikompaun sepanjang tempoh PKPP.

Antara kes pelanggaran akta tertinggi yang direkodkan adalah seperti;

• Akta Timbang dan Sukat (2,472 kes)
• Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (1,302 kes)
• Akta Kawalan Bekalan 1961 (376 kes).

• Semalam, KPDNHEP telah membuat 655 pemantauan ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (465), pemborong (164) dan pengilang (26).

• KPDNHEP juga telah melakukan 938 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 914 premis mematuhi SOP manakala 24 premis diberi nasihat oleh kerana tidak patuh SOP.

6. Tapak Binaan

• Dari 42 pemeriksaan oleh CIDB, didapati 26 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan, 15 tapak tidak beroperasi, manakala 1 tapak binaan tidak patuh SOP dan telah diberi amaran.

7. Berita Palsu

• Sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan, 12 diberikan notis amaran dan 404 penafian telah diperjelaskan.

• Sekiranya terhadap sebarang berita yang diragui kesahihannya, anda boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY

8. PKPB di Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

• Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa 6 November 2020 sehingga 19 November 2020.

9. PKPD PPR Taman Harmoni

• Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di PPR Taman Harmoni, Sandakan pada 5 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

• Namun, PPR Taman Harmoni ini masih tertakluk di bawah SOP PKPB bagi seluruh negeri Sabah.

Deepavali

•Kerajaan bersetuju untuk membenarkan penganut Hindu mengikuti sesi upacara sembahyang pada hari pertama sahaja di kawasan yang dilaksanakan PKPP dan PKPB dengan SOP ketat yang telah ditetapkan.

•Pergerakan merentas Mukim/ Daerah/Negeri daripada kawasan PKPB dan PKPD bagi tujuan balik kampung adalah tidak dibenarkan.

SOP Deepavali dalam kawasan PKPP dan PKPB

a.Rumah Ibadat (Kuil)

•Menyediakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan dan saringan gejala berkaitan COVID-19 seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.

•Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan di dalam buku kehadiran.

•Penganut yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir.

•Upacara sembahyang hendaklah mematuhi SOP Pembukaan Rumah Ibadat yang telah dikeluarkan dan tidak melebihi 30 orang pada satu masa tertakluk kepada keluasan ruang Rumah Ibadat (Kuil) dengan penjarakan fizikal.

•Sesi upacara sembahyang perlu diadakan bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dengan pembahagian sebanyak 5 sesi sahaja (30 minit setiap sesi) dan diselangi dengan operasi sanitasi selama 30 minit sebelum memulakan sesi baharu.

•Manisan perlu diagihkan secara berbungkus (packing) kepada para penganut dan terus bersurai selepas selesai upacara sembahyang.

b.Rumah Kediaman

•Bagi sambutan perayaan di Rumah Kediaman Landed dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

•Manakala bagi Rumah Kediaman Strata dengan keluasan kurang daripada 1500kps (tidak melebihi 10 orang) dan bagi keluasan melebihi 2500kps (tidak melebihi 15 orang) pada satu-satu masa.


•Ahli Keluarga / Individu DIGALAKKAN memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri. (hand sanitizer/sabun pencuci tangan)

SOP Deepavali dalam kawasan PKPD

a.Rumah Ibadat (Kuil)

•Upacara sembahyang di rumah ibadat (kuil) adalah tidak dibenarkan.

b.Rumah Kediaman

•Sambutan perayaan dibenarkan bagi seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja dengan memastikan penjarakan fizikal, kebersihan diri dan mengelakkan 3S iaitu Sesak, Sempit dan Sembang Dekat


•Melaksanakan sanitasi secara berkala terutamanya di meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.

•Aktiviti ziarah dikawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

c.Aktiviti Jualan/Perniagaan

•Aktiviti jualan/perniagaan di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED